Showing posts with label kisah mereka file. Show all posts
Showing posts with label kisah mereka file. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Pagi-pagi di Kem Setia Ikhlas, apa yang dibuat?

#posting ini dirujuk


Ok, aku sambung balik cerita pengalaman sebenar aku. Lama jugak aku tak update blog ni. Banyak kerja lain yang perlu diselesaikan, tapi untuk tanggungjawab menyebarkan pengetahuan tentang program ni, aku teruskan juga!


Seawal jam 5 pagi, anda akan dikejutkan oleh jurulatih ataupun ketua dorm. Aku masa tu Ketua Dorm untuk Delta Company (Lelaki) dan Intan (perempuan) aku bekerjasama dengan Intan selaku Ketua untuk handle belah perempuan untuk memastikan, group Delta dapat berkumpul di dalam satu barisan dan turun ke padang kawad. Awal-awal pagi ya.


Terus, di padang kawad sudah tentunya aktiviti seperti Tempur Tanpa Senjata (TTS) menjadi rutin harian. Jikan tidak, larian (jogging) dilakukan sepanjang 2 kilometer.


Mengapa begitu?


Untuk melahirkan remaja yang kuat,sihat dan bersemangat waja. Ini kerana, didalam 1 kumpulan mempunyai 1 tujuan dan 1 matlamat. Di dalam kata erti yang lain, jika tiada muafakat di dalam 1 kumpulan, habis ranap semuanya.


Selepas melakukan aktiviti bersenam, TTS dan berkawad, para pelatih akan naik semula ke kem dan akan bersiap untuk pergi ke kelas yang telah dipecahkan ke dalam group lain. Tidak tertumpu pada group untuk berkawad, group untuk kelas telah dipecah-pecahkan supaya pelatih dapat mengenal 1 sama lain.


Bersambung...

Monday, October 11, 2010

Pengalaman sebenar tentang Program Latihan Khidmat Negara

Peserta kumpulan 1 siri 2 2004/2005.(KemSis)


Pengalaman aku based on true story. Maaf, aku tak biasa pakai ayat formal. Dalam ruangan maya, aku lebih selesa menggunakan bahasa "biasa" atau bahasa "orang biasa" mudah bagi aku nak sampaikan apa yang tersurat dan tersirat.


Aku di offer masuk ke program nie. Awalnya, aku memang tak suka nak pergi apakan lagi aku seorang yang malas serba-serbi. Malas nak basuh baju sendiri, malas nak buat kerja rumah, semuanya aku malas! Satu hari, ade posmen datang ke rumah aku hantar surat penting. Aku belek-belek surat tu. Sah! dari pejabat PLKN.


Aku pandang mak aku. Mak aku pandang aku balik. Pandang lagi mak aku, pon respon yang sama. Last2, sengih2 cam kerang busuk!haha.. Mak aku cakap, mesti ko kena punya, masin mulut mak!


Then, aku pon prepare lah apa yang patot. Beg besar gabak, ada lagi beg sandang aku bawak. Segala makanan aku pon bawak gak, takot lapa. Pastu, kelengkapan mandian pon sama. Aku tinggal tak bawak bantal ngan tilam kat bilik aku tu je.


Pakcik aku yang hantar ke sana (kem). Thanks lah pakcik aku yang hantar,sebab banyak kot barang2 yang aku bawak dari rumah. Eh! silap, aku naik bas memula. Ayah aku yang hantar sama pakcik aku kat tempat pengumpulan peserta. Seronok! tengok bebudak lain sedang menunggu bas bergerak. Aku tak bertegor sape pon kat situ, semua sebok ngan hal masing2.


Bas bergerak. Aku dok tepi belah kanan. Ingat lagi tuh! cess.. hahah. Aku boring giler sebab bas tu tak de tv yang boleh aku cuci mata. Nak tak nak, layan mata sambil tertutup je lah (tido)!


Sampai di kem, aku tengok cantik gak kem ni, tapi still under progress. yelah batch pertama kot? hahaha, sebagai orang yang pertama pakai kem tu, so banyak kurang dan lebihnya.


Aku tak kesah sangat pasal tu. Apa yang penting, aku nak cepat habes 3 bulan tu. Aku tak dulik pe yang jadi sepanjang 3 bulan tu, yang aku tahu aku nak cepat habes. tu je.


Aku sambung kemudian. dah awal pagi,mengantok! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...