Monday, July 25, 2011

Share story: PENGALAMAN MANIS DI PLKN

Masa tahun 2006 dalam bulan 3, aku dapat PLKN kat kedah area jelapang kubang pasu. Bila dah biasa duk kat PLKN nie makin ramai kawan yang aku dapat tapi yang paling rapat 5, 6 orang je. Salah seorang kawan aku tu siap buat gelaran lagi, diaorang bagi gelaran kak long, kak chik , kak ngah dan kak su yang paling bongsu tu aku lah. 


Tiap kali bercakap mesti kena panggil dengan gelaran tu, nak tak nak kenalah panggil juga. Diaorang kata macam tak percaya aku orang kelantan sebab bila aku bercakap dengan diaorang berbahasa luar, aku gtaulah diorang nie ‘takkan nak cakap bahasa kelantan. Nanti depa pula tak faham’, kami sama-sama tergelak bila aku gtau macam tu. he3.


Diaorang kata suka dengar orang kelantan cakap loghat bahasa kelantan nie dan aku pula suka dengar orang kedah cakap loghat bahasa kedah, kalau pekat sangat memang agak kurang difahami. Kadang-kadang loghat bahasa kelantan yang pekat sangat pun aku kadang-kadang tak faham, padahal orang kelantan. Disebabkan tempat berlainan kut, so ada jugalah bahasa yang belum pernah aku dengar. Kerana aku orang kelantan, diaorang suruhlah ajar bahasa kelantan dan aku ajarlah yang mana diaorang tanya.


Selepas kenal lama dengan diaorang nie, diaorang suka sangat usik aku. Nak dijadikan cerita, diaorang nie selalu cubit pipi aku. Katanya geram kat aku sebabnya aku kecik, peramah, manis dan cute orangnya. aku rasa banggalah juga bila orang puji aku macam tu tapi tak bererti aku bangga sebab perasan tau, aku bangga sebab aku dikurniakan sempurna yang diberi oleh Allah s.w.t dan aku bersyukur sangat dapat kawan PLKN yang baik-baik. Tak kira bangsa apa pun aku tetap buat baik kalau orang tu berkelakuan baik, aku hormat kawan-kawan aku nie sebab bila aku minta pertolongan je diaorang mesti bantu.


Masa aku belum jejak kat PLKN lagi, aku terfikir juga. Adakah aku kena duduk seseorang 6ti, maklumlah baru first time dapat PLKN seumur hidup aku. Bila dah terbiasa, macam-macam aku main aktiviti kat PLKN. Best tau, siapa-siapa tak dapat pergi tu mesti rugilah. Dapat jugalah aku mencari pengalaman kat PLKN tu, yang paling aku suka berkayap pahtu berkawad dan lain-lain lagilah permainan yang aku try. 


Pengalaman paling mencabar pada aku adalah tidur dalam hutan beramai-ramai tapi setiap orang ada kumpulan. Wira dan wirawati mesti tidur dijarak jauh, apa pun cikgu pelatih kami kawal sebab tak mahu terjadi apa-apa pada pelatih-pelatihnya.


Kalau kat dalam kelas pula, macam-macam ragam diaorang nie tau. Yang aku lebih suka, bila bermain macam keanak-anakan tapi permainan macam tu untuk menguji minda kita je, kata cikgu kelas aku. he3. Bila bermain permainan yang cikgu kami suruh, mesti ada soalan yang perlu kami jawab. Tu membuatkan kami lebih suka dengan permainan ujiminda tu, bukan setakat tu je. 


Kena pula bentang kat depan untuk gtau apa kepentingan dan kesimpulannya, aku tahu kenapa perlu buat permainan macam keanak-anakan kat dalam kelas tu sampai kami duduk bersila dengan buat bulatan dan kena pula buat kumpulan masing-masing supaya permainan tu dapat kami bekerjasama dan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim.


[read more: cintawap blog]



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...