#posting ini dirujuk
Ok, aku sambung balik cerita pengalaman sebenar aku. Lama jugak aku tak update blog ni. Banyak kerja lain yang perlu diselesaikan, tapi untuk tanggungjawab menyebarkan pengetahuan tentang program ni, aku teruskan juga!
Seawal jam 5 pagi, anda akan dikejutkan oleh jurulatih ataupun ketua dorm. Aku masa tu Ketua Dorm untuk Delta Company (Lelaki) dan Intan (perempuan) aku bekerjasama dengan Intan selaku Ketua untuk handle belah perempuan untuk memastikan, group Delta dapat berkumpul di dalam satu barisan dan turun ke padang kawad. Awal-awal pagi ya.
Terus, di padang kawad sudah tentunya aktiviti seperti Tempur Tanpa Senjata (TTS) menjadi rutin harian. Jikan tidak, larian (jogging) dilakukan sepanjang 2 kilometer.
Mengapa begitu?
Untuk melahirkan remaja yang kuat,sihat dan bersemangat waja. Ini kerana, didalam 1 kumpulan mempunyai 1 tujuan dan 1 matlamat. Di dalam kata erti yang lain, jika tiada muafakat di dalam 1 kumpulan, habis ranap semuanya.
Selepas melakukan aktiviti bersenam, TTS dan berkawad, para pelatih akan naik semula ke kem dan akan bersiap untuk pergi ke kelas yang telah dipecahkan ke dalam group lain. Tidak tertumpu pada group untuk berkawad, group untuk kelas telah dipecah-pecahkan supaya pelatih dapat mengenal 1 sama lain.
Bersambung...
0 comments:
Post a Comment