Monday, July 25, 2011

Share story: Tips Untuk bakal peserta dan Kenanganku di PLKN

Aduh ! Dapat PLKN ! Teruk la , tak nak pergi la .. Apa itu PLKN ? PLKN adalah Program latihan khidmat negara . maklumat lanjut klik SINI . huh ! hehe , aku dah pergi pun . Inilah ungkapan aku ketika dari mendapat surat untuk di PLKN .Masa tu kerja kan tengah kumpul duit nak beli moto . Sapa tak tension . Huhu .Followers aku ada tak yang bakal pergi PLKN ? wajib baca pengalaman aku ni . Memang kenangan indah yang sana aku tak dapat tak lupa . Kenangan Pahit , takde langsung . Rasa teringin nak masuk kali ke 2. Huhu


Aku dapat pada panggilan ke-3 . Fuyohh panggilan ke 3 , Panggilan ke 3 ni banyak yang boleh kata nakal-nakal , geng ponteng sekolah dan ada sedikit brother2 bekas Universiti . Panggilan semula sebab masa umur diorang 18 tahun tak boleh pergi , belajar so tangguh la . Huhu , berbalik pada cerita aku . Ramai orang kata panggilan ke-3 ni pastinya korang akan kena buli , bergaduh dan sebagainya yang negatif . Tapi kenapa pula aku tak kena pukul , aku tak kena buli dan sebagainya ?? 


Read More ye :)


Sebab apa korang nak tahu tak ? sebab bahasa dan tingkah laku la . Tak boleh terlalu takut dan tak boleh terlalu berani . Biar sedang-sedang . Nak berani sangat-sangat pun tak guna . Lagipun kita ni duduk di dalam hutan kan . Biar pada-pada . Bab budi bahasa ni bergantung kepada diri kita . Niat dan tujuan kita kesana memang lah bukan untuk bergaduh tapi itu kita ,orang lain kita tahu ke ? bukan semua kat kem itu kawan baik kita .


Budi bahasa ni perlu ada sebelum kita ke PLKN . Kita akan bergaul dengan orang yang kita tak kenal . Korang mesti pernah ngorat perempuan kan (laki la ) ,macam mana korang ngorat? mesti bahasa baik-baik je ayat elok-elok je . Macam tu la korang kena berbudi bahasa kat PLKN nanti . baru lah orang lain hormat korang . Ye tak ? Ok , selesai penjelasan mengenai ni.


[read more: abdulfarique blog]



Share story: PENGALAMAN MANIS DI PLKN

Masa tahun 2006 dalam bulan 3, aku dapat PLKN kat kedah area jelapang kubang pasu. Bila dah biasa duk kat PLKN nie makin ramai kawan yang aku dapat tapi yang paling rapat 5, 6 orang je. Salah seorang kawan aku tu siap buat gelaran lagi, diaorang bagi gelaran kak long, kak chik , kak ngah dan kak su yang paling bongsu tu aku lah. 


Tiap kali bercakap mesti kena panggil dengan gelaran tu, nak tak nak kenalah panggil juga. Diaorang kata macam tak percaya aku orang kelantan sebab bila aku bercakap dengan diaorang berbahasa luar, aku gtaulah diorang nie ‘takkan nak cakap bahasa kelantan. Nanti depa pula tak faham’, kami sama-sama tergelak bila aku gtau macam tu. he3.


Diaorang kata suka dengar orang kelantan cakap loghat bahasa kelantan nie dan aku pula suka dengar orang kedah cakap loghat bahasa kedah, kalau pekat sangat memang agak kurang difahami. Kadang-kadang loghat bahasa kelantan yang pekat sangat pun aku kadang-kadang tak faham, padahal orang kelantan. Disebabkan tempat berlainan kut, so ada jugalah bahasa yang belum pernah aku dengar. Kerana aku orang kelantan, diaorang suruhlah ajar bahasa kelantan dan aku ajarlah yang mana diaorang tanya.


Selepas kenal lama dengan diaorang nie, diaorang suka sangat usik aku. Nak dijadikan cerita, diaorang nie selalu cubit pipi aku. Katanya geram kat aku sebabnya aku kecik, peramah, manis dan cute orangnya. aku rasa banggalah juga bila orang puji aku macam tu tapi tak bererti aku bangga sebab perasan tau, aku bangga sebab aku dikurniakan sempurna yang diberi oleh Allah s.w.t dan aku bersyukur sangat dapat kawan PLKN yang baik-baik. Tak kira bangsa apa pun aku tetap buat baik kalau orang tu berkelakuan baik, aku hormat kawan-kawan aku nie sebab bila aku minta pertolongan je diaorang mesti bantu.


Masa aku belum jejak kat PLKN lagi, aku terfikir juga. Adakah aku kena duduk seseorang 6ti, maklumlah baru first time dapat PLKN seumur hidup aku. Bila dah terbiasa, macam-macam aku main aktiviti kat PLKN. Best tau, siapa-siapa tak dapat pergi tu mesti rugilah. Dapat jugalah aku mencari pengalaman kat PLKN tu, yang paling aku suka berkayap pahtu berkawad dan lain-lain lagilah permainan yang aku try. 


Pengalaman paling mencabar pada aku adalah tidur dalam hutan beramai-ramai tapi setiap orang ada kumpulan. Wira dan wirawati mesti tidur dijarak jauh, apa pun cikgu pelatih kami kawal sebab tak mahu terjadi apa-apa pada pelatih-pelatihnya.


Kalau kat dalam kelas pula, macam-macam ragam diaorang nie tau. Yang aku lebih suka, bila bermain macam keanak-anakan tapi permainan macam tu untuk menguji minda kita je, kata cikgu kelas aku. he3. Bila bermain permainan yang cikgu kami suruh, mesti ada soalan yang perlu kami jawab. Tu membuatkan kami lebih suka dengan permainan ujiminda tu, bukan setakat tu je. 


Kena pula bentang kat depan untuk gtau apa kepentingan dan kesimpulannya, aku tahu kenapa perlu buat permainan macam keanak-anakan kat dalam kelas tu sampai kami duduk bersila dengan buat bulatan dan kena pula buat kumpulan masing-masing supaya permainan tu dapat kami bekerjasama dan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim.


[read more: cintawap blog]



Share story: Teluk Sari Mersing camp!

Flashback start. Mari kembali ke memori tahun 2004.
ALPHA, BRAVO, CHARLIE, DELTA


Mungkin ada yang tak tahu i merupakan salah seorang bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri yang pertama kumpulan 2!


I pergi PLKN dengan hati yang argghhh "menyampahnya" but i enjoyed akhirnya setelah 3 bulan melaluinya. I tergesa-gesa pergi ke pick-up point kat Muar, malam itu i sempat kemas barang-barang macam orang nak lari rumah!


Lokasi kem :
Kem Rekreasi Pertanian Teluk Sari Mersing


Masa dalam bas ramai-ramai dengan pelatih lain, seronok. Tapi i tak tahu lagi keadaan tempat yang i nak pergi. Sekali sampai wooohh i betul-betul berada kat tengah-tengah hutan! Hutan simpan Endau-Rompin! No coverage masa itu. Boleh campakkan saja henpon 3315 waktu itu. 


Siaran radio pun putus-putus kat sana! I tidur betul- betul dalam khemah betul-betul tepi pantai. Sekali kena tiup angin atau hujan tempias! Ye diulangi dalam khemah! bukan bukan dalam blok bangunan seperti sekarang.


Seronok kat sana, i buat flying fox, meredah hutan bukit bukau semua itu. Wah tak terkata seronok habis! tapi i mengaku paling tak boleh lupa i buat flying fox! Benda yang i surrender awal-awal tapi i kena dan terpaksa buat juga! Bayangkan kena terjun dari tempat tinggi gila-gila pastu terjun dengan tali ikat kat perut! Rasa nak terburai isi perut time tengok bawah. 


Ok memang dah tak boleh nak buat apa lagi, i dah ada kat atas, i tutup mata pastu i terjun!! Sumpah i tak nak buat lagi benda ini kalau ada orang offer BMW 5 series ataupun banglo macam Linda Onn tu. Sumpahh i tak nak!!! I takut pada tempat tinggi!


[read more: ailylrozanna blog]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...