Monday, July 25, 2011

Share story: Tips Untuk bakal peserta dan Kenanganku di PLKN

Aduh ! Dapat PLKN ! Teruk la , tak nak pergi la .. Apa itu PLKN ? PLKN adalah Program latihan khidmat negara . maklumat lanjut klik SINI . huh ! hehe , aku dah pergi pun . Inilah ungkapan aku ketika dari mendapat surat untuk di PLKN .Masa tu kerja kan tengah kumpul duit nak beli moto . Sapa tak tension . Huhu .Followers aku ada tak yang bakal pergi PLKN ? wajib baca pengalaman aku ni . Memang kenangan indah yang sana aku tak dapat tak lupa . Kenangan Pahit , takde langsung . Rasa teringin nak masuk kali ke 2. Huhu


Aku dapat pada panggilan ke-3 . Fuyohh panggilan ke 3 , Panggilan ke 3 ni banyak yang boleh kata nakal-nakal , geng ponteng sekolah dan ada sedikit brother2 bekas Universiti . Panggilan semula sebab masa umur diorang 18 tahun tak boleh pergi , belajar so tangguh la . Huhu , berbalik pada cerita aku . Ramai orang kata panggilan ke-3 ni pastinya korang akan kena buli , bergaduh dan sebagainya yang negatif . Tapi kenapa pula aku tak kena pukul , aku tak kena buli dan sebagainya ?? 


Read More ye :)


Sebab apa korang nak tahu tak ? sebab bahasa dan tingkah laku la . Tak boleh terlalu takut dan tak boleh terlalu berani . Biar sedang-sedang . Nak berani sangat-sangat pun tak guna . Lagipun kita ni duduk di dalam hutan kan . Biar pada-pada . Bab budi bahasa ni bergantung kepada diri kita . Niat dan tujuan kita kesana memang lah bukan untuk bergaduh tapi itu kita ,orang lain kita tahu ke ? bukan semua kat kem itu kawan baik kita .


Budi bahasa ni perlu ada sebelum kita ke PLKN . Kita akan bergaul dengan orang yang kita tak kenal . Korang mesti pernah ngorat perempuan kan (laki la ) ,macam mana korang ngorat? mesti bahasa baik-baik je ayat elok-elok je . Macam tu la korang kena berbudi bahasa kat PLKN nanti . baru lah orang lain hormat korang . Ye tak ? Ok , selesai penjelasan mengenai ni.


[read more: abdulfarique blog]



Share story: PENGALAMAN MANIS DI PLKN

Masa tahun 2006 dalam bulan 3, aku dapat PLKN kat kedah area jelapang kubang pasu. Bila dah biasa duk kat PLKN nie makin ramai kawan yang aku dapat tapi yang paling rapat 5, 6 orang je. Salah seorang kawan aku tu siap buat gelaran lagi, diaorang bagi gelaran kak long, kak chik , kak ngah dan kak su yang paling bongsu tu aku lah. 


Tiap kali bercakap mesti kena panggil dengan gelaran tu, nak tak nak kenalah panggil juga. Diaorang kata macam tak percaya aku orang kelantan sebab bila aku bercakap dengan diaorang berbahasa luar, aku gtaulah diorang nie ‘takkan nak cakap bahasa kelantan. Nanti depa pula tak faham’, kami sama-sama tergelak bila aku gtau macam tu. he3.


Diaorang kata suka dengar orang kelantan cakap loghat bahasa kelantan nie dan aku pula suka dengar orang kedah cakap loghat bahasa kedah, kalau pekat sangat memang agak kurang difahami. Kadang-kadang loghat bahasa kelantan yang pekat sangat pun aku kadang-kadang tak faham, padahal orang kelantan. Disebabkan tempat berlainan kut, so ada jugalah bahasa yang belum pernah aku dengar. Kerana aku orang kelantan, diaorang suruhlah ajar bahasa kelantan dan aku ajarlah yang mana diaorang tanya.


Selepas kenal lama dengan diaorang nie, diaorang suka sangat usik aku. Nak dijadikan cerita, diaorang nie selalu cubit pipi aku. Katanya geram kat aku sebabnya aku kecik, peramah, manis dan cute orangnya. aku rasa banggalah juga bila orang puji aku macam tu tapi tak bererti aku bangga sebab perasan tau, aku bangga sebab aku dikurniakan sempurna yang diberi oleh Allah s.w.t dan aku bersyukur sangat dapat kawan PLKN yang baik-baik. Tak kira bangsa apa pun aku tetap buat baik kalau orang tu berkelakuan baik, aku hormat kawan-kawan aku nie sebab bila aku minta pertolongan je diaorang mesti bantu.


Masa aku belum jejak kat PLKN lagi, aku terfikir juga. Adakah aku kena duduk seseorang 6ti, maklumlah baru first time dapat PLKN seumur hidup aku. Bila dah terbiasa, macam-macam aku main aktiviti kat PLKN. Best tau, siapa-siapa tak dapat pergi tu mesti rugilah. Dapat jugalah aku mencari pengalaman kat PLKN tu, yang paling aku suka berkayap pahtu berkawad dan lain-lain lagilah permainan yang aku try. 


Pengalaman paling mencabar pada aku adalah tidur dalam hutan beramai-ramai tapi setiap orang ada kumpulan. Wira dan wirawati mesti tidur dijarak jauh, apa pun cikgu pelatih kami kawal sebab tak mahu terjadi apa-apa pada pelatih-pelatihnya.


Kalau kat dalam kelas pula, macam-macam ragam diaorang nie tau. Yang aku lebih suka, bila bermain macam keanak-anakan tapi permainan macam tu untuk menguji minda kita je, kata cikgu kelas aku. he3. Bila bermain permainan yang cikgu kami suruh, mesti ada soalan yang perlu kami jawab. Tu membuatkan kami lebih suka dengan permainan ujiminda tu, bukan setakat tu je. 


Kena pula bentang kat depan untuk gtau apa kepentingan dan kesimpulannya, aku tahu kenapa perlu buat permainan macam keanak-anakan kat dalam kelas tu sampai kami duduk bersila dengan buat bulatan dan kena pula buat kumpulan masing-masing supaya permainan tu dapat kami bekerjasama dan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim.


[read more: cintawap blog]



Share story: Teluk Sari Mersing camp!

Flashback start. Mari kembali ke memori tahun 2004.
ALPHA, BRAVO, CHARLIE, DELTA


Mungkin ada yang tak tahu i merupakan salah seorang bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri yang pertama kumpulan 2!


I pergi PLKN dengan hati yang argghhh "menyampahnya" but i enjoyed akhirnya setelah 3 bulan melaluinya. I tergesa-gesa pergi ke pick-up point kat Muar, malam itu i sempat kemas barang-barang macam orang nak lari rumah!


Lokasi kem :
Kem Rekreasi Pertanian Teluk Sari Mersing


Masa dalam bas ramai-ramai dengan pelatih lain, seronok. Tapi i tak tahu lagi keadaan tempat yang i nak pergi. Sekali sampai wooohh i betul-betul berada kat tengah-tengah hutan! Hutan simpan Endau-Rompin! No coverage masa itu. Boleh campakkan saja henpon 3315 waktu itu. 


Siaran radio pun putus-putus kat sana! I tidur betul- betul dalam khemah betul-betul tepi pantai. Sekali kena tiup angin atau hujan tempias! Ye diulangi dalam khemah! bukan bukan dalam blok bangunan seperti sekarang.


Seronok kat sana, i buat flying fox, meredah hutan bukit bukau semua itu. Wah tak terkata seronok habis! tapi i mengaku paling tak boleh lupa i buat flying fox! Benda yang i surrender awal-awal tapi i kena dan terpaksa buat juga! Bayangkan kena terjun dari tempat tinggi gila-gila pastu terjun dengan tali ikat kat perut! Rasa nak terburai isi perut time tengok bawah. 


Ok memang dah tak boleh nak buat apa lagi, i dah ada kat atas, i tutup mata pastu i terjun!! Sumpah i tak nak buat lagi benda ini kalau ada orang offer BMW 5 series ataupun banglo macam Linda Onn tu. Sumpahh i tak nak!!! I takut pada tempat tinggi!


[read more: ailylrozanna blog]

Share story: My life at PLKN!

It was the best moment in my life. Saat yang terindah yang tidak dapatku gambarkan dengan kata2. chewahh!


This is my overall post about my national service life ;)
Actually, i just copy and paste it from my previous blog.




1st of all, Sorry to all my non-Malaysian readers..! Usually, my post will be in English. This time, its in BM..! 




Ni post pasal PLKN yang Nisa join time March-June. Kepada sesiapa yang terpilih untuk menyertai PLKN ni, JUST GO!!! Especially those yang kena KEM PLKN PAYA INDAH, Selangor!! Best camp ever!! Nisa rasa lucky sangat sebab terpilih..dah la kumpulan 2, siri 7...no 2 & 7 tu memang no bertuah! hehe..Ni Nisa nak crita pasal pengalaman lah. Memang banyak giler pengalaman dan kenangan pahit manis yang Nisa dapat dari PLKN ni.


1st time Nisa dapat tahu Nisa kena pilih (dah la kat Selangor..ui mak nenek..jauh!), Nisa nangis coz Nisa xnak jauh dari family or takut jurulatih 2 strict sangat. Nisa memang xnak pergi. Kalau pergi pon, nak kat Sarawak jer. But then, papa suruh pergi jer. Anggap kem 2 macam pergi camping/bercuti. So, Nisa pergi jugak.




P/s: before pegi tu, bawak makanan banyak2! KFC ke, pape je la..coz nanti confirm korang mengidam!


1st week...uhmm..memang sedih terkenangkan hometown and family. Rasa macam nak balik jer. Nisa and the gang asyik merungut panas la, nyamok la, KATAK la...lam blik air memang banyak katak..1st week tu asyik terjerit2..!! Dorm wirawati 8 kan dekat jer ngan bilik rehat. Kat bilik rehat tu ada watercooler, malam 2 Nisa nak buat maggie..dah lapar sangat, malas nak pkai selipar..so, Nisa jalan jer la berkaki ayam..pastu guess what?? Nisa terpijak katak!!! yuckssssss!! 


Sejuk gler rasa katak tu..dah pagi 2 Nisa tengok, dahsyat jugak "mayat" katak 2 kena pijak!  ish2..Ingat lagi member cina 2, masuk jer dorm..dia tanya "ada air-cond ka?" HAHAHA... pastu dah masuk minggu ke 2 or 3 tu, macam best plak. Ada yang dah start bkapel2... ehem2...


Rasanya ada 3 la pengalaman TERpahit. Antara pengalaman yang pahit skali ialah Nisa kena kuarantin selama seminggu. Time tu pulak la trainee lain menembak, berkawad..macam2 la aktiviti yang best. Geram betul. Nisa kena kuarantin sebab demam panas and takut dsahkan H1N1..smpai masuk hospital lagi kena inject and tambah air.. Dah la dipulaukan..banyak jugak la trainee lain yang kena. Time kat umah, Nisa jarang kuar umah pon, xpernah berjemur tengah panas and jarang buat aktiviti2 lasak.


Then pengalaman kedua, Nisa kena cuci baju sendiri (guna tangan..mna ada washing machine) ! Before ni, Nisa memang malas buat keja2 macam tu..asyik dok online jer. Tu la mama cakap "Padan muka..belajarlah berdikari" ....Phhh! kena jugak akhirnya! Then yang ketiga, Nisa xdapat nak join tengok concert kat Sunway Lagoooooon!! Tu pon Nisa geram gak. Dah la Nisa xpernah tengok concert seumur hidup! huhu..Nisa xdapat pergi coz dah full and kan Nisa baru lepas kuarantin..sengal!


[read more: neesaferreira blog]




Sunday, July 24, 2011

Share story: Diana Danielle, Suki dan Aliff di PLKN

SEPANG: Perjalanan dan pengalaman tiga artis remaja; Diana Danielle, Suki dan Aliff ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dapat disaksikan menerusi program realiti Project N.S yang akan disiarkan bermula 8 Mei depan di 8TV.


Diana, Suki dan Aliff telah ditempatkan di kem yang sama iaitu di Kem Princess Haliza, Sepang, bagi memudahkan penghasilan program tersebut.


Menurut Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim, program itu dilihat sebagai satu tanggungjawab sosial korporat stesen televisyen itu untuk mempromosikan program PLKN kepada orang ramai.



"Pembabitan Diana, Alif dan Suki di dalam program ini ternyata tepat kerana mereka merupakan ikon remaja yang cukup popular sekarang.


"Selain memaparkan aktiviti harian mereka di PLKN, program sebegini juga cukup bagus kerana dapat memberi contoh yang baik untuk diteladani oleh remaja-remaja lain.


"Project N.S ini diharap dapat membuka mata semua remaja tentang kebaikan menyertai PLKN. Sedikit-sebanyak ia dapat memberikan tips-tips berguna kepada remaja yang bakal mengikuti PLKN pada masa hadapan," kata Lam pada Majlis Menandatangani MoU antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan 8TV Kem PLKN Princess Haliza di sini, hari ini.


[read more: mStar online]




Share story: Zila Ismail @ Kem Syruz

Assalamualaikum warga blogger ! Fuh . Sebulan sudah aku tidak update blog ni .Dah berhabuk ! Fuhhhhh2 . Semalam sehingga Ahad ini aku dapat pulang ke rumah . Yeahh . Memang ini saat yang dinantikan oleh kami semua wira dan wirawati Kem Syruz . 


Hari pertama sangat mendebarkan bagi aku . Cheewahh . Yela pertama kali aku berseorangan tanpa sesiapa pun  yang aku kenal . Pagi tu , aku tiba agak lewat di Tapah .  Aku sampai jer tengok bas dah jalan . Ahh sudah , aku kena tinggal ke . Heheehe . Rupanya ada 3 bas . Yang dah jalan tu bas first . Ok , lega !


Perjalanan daripada Tapah ke Kem Syruz memakan masa 2 jam setengah . Sempat juga lah tidur dalam bas . Haha . Sampai jer kat kem , terus pergi pendaftaran . Cikgu tu lekat sticker tertulis nombor 7 di kertas aku . Bermakna aku akan ditempatkan di Dorm 7 , Kompeni Delta :)


Lepas pendaftaran , kena melalui pemeriksaan beg . Dahsyat juga cikgu tu selongkar . Hehe . Penat aku lipat cantik2 . :p Dah lepas pemeriksaan , aku pun pergilah ke dorm 7 . 


Assalamualaikum ! Ada katil kosong tak ? 
Dorang jawab tak ada . Rupanya kem ni dah over limit , sepatutnya 450 saja , tapi kem ni dah lebih . Pelatih ada 500 lebih . Memang ramai . Sebab tu tak cukup serba-serbi . Tapi pihak pengurusan dapat atasi masalah ini . Dapatlah aku katil , bantal dan locker . :)


[read more: nurazilaismail blog]



Share story: Diari Hidupku have great posting!

1st day - 2 January 2011
Rase takut sangat nak jejakkan kaki kt kem tuh. 9.30 kumpul kt stadium hoki ipoh. mcm mcm orang. Huhu. Naik bas, alhmdulillah kenal sorang budak ni. (Hani) sembang sembang dgn dia. blablaa. dekat kul satu cmtu.. mak aihh. dah nampak signboard KEM PLKN BUKIT BESAR. cuak semua ada lah. jalan nk msuk kem tu kecik gila. naik bukit pulak tuu. waktu nak dftar tuh, ade sorang akak tu tanya "boleh naik bukit tak? hari hari naik bukit ni" aku just cakap boleh la jugak. taklah expect apa2. but unexpectedly, memang kem aku tuh nun kt atas bukit tuuh. 


Sampai kt kem. Waah. gilaaaaa. aku nampak dorm kt atas. nmpak jalan naik ke atas. tinggi!! okay. masih relax. haha. terus masuk ke dm. makan dlu. tray cawan kena basuh sendiri pastu kena simpan. then taklimat blablaa. tentukan dorm. aku penghuni PP1. kompeni ALPHA. dia bagi selimut dan KELAMBU. haha. gilaa lah dengan beg berat nya, tangan penuh gila. mendaki lah bukit nak naik ke atas. sumpah penat. time tu perasaan..rasa nak nangis. nak balik! ;( smpai kt atas, tercungap cungap. huhu. 


pastu jurulatih check barang. handphone kena bagi. waaa. sedihh. settle semua. masuk lah PP1. ramai gila chinese. ergh. aku pi belah dak dak melayu. ohh diorg semua from penang. dak2 penang sampai awal. tapi melayu ada 5 orang je time tuh. pikah, lina, ijah, pina and me only.


ke-tension-an mula terasa apabila :
- 6kali sehari kena trun makan. ulang alik naik bukit. hilang berjuta kalori. haha.
- pegi amik baju baju free kt logistik. naik bukit lagi. nasib tak berapa tggi.
- tiba tiba, BLACKOUT di malam hari. ckgu dah betulkan mula2..pastu blackout balik. so tido dalam kepanasan la kitorang.
- tak boleh tidurrrrr sebab panas @.@


NEW RULES (1st day) :
# Subuh, magrib, isyak - wajib pergi surau.
# turun makan - baju PT. (semata-mata nk mkn je. -___-)
# takleh trun ke dm sesuka hati selain waktu makan.
# tidur wajib dalam KELAMBU. haha.


First day je nak cite panjang berjela. hehe, yang lain aku ringkas kan la.


Conclusion : PP1 mengalami masalah elektrik. berapa hari tah kitorang tdur dlm kpanasan. ergh. geram btul. dah lapor banyak kali dh. brape januari tah baru lah aku boleh tido dengan aman. heh.
( new name : SAUNA PP1 )


3rd January - budak budak kedah mai. 4th January - budak budak penang maii. Time ni kitorg yang dtg 2Jan relax gila gilaa. just tggu time makan je. ahaaa.


5January. - BERMULA LAH PLKN.
- Start perbarisan pagi. PT belum start lagi. Hehe. 6.30 terus naik padang kawad. lagi tggi. huhu.
- ade taklimat pasal layout bilik. Okay kena susun cmtu cmni.
- ceramah satu Malaysia.
- sad news : pikah pindah delta + dorm. sebab delta tak ckup ahli. mule mule diorg kate pindah kompeni je. tapi dah pikah jadi penolong penghuluwati, terpakse pindah dorm sekali. ecah pun same sbb die jadi penghuluwati. bangge la. ex dorm-mates jadi orang kuat delta. haha.


6January - Kelas BERMULA. (Modul Pembinaan Karakter)
- PK1 - Alpha, PK2 - Bravo, PK3 - Charlie, PK4 - Delta.
- Pecahh jadi group kecil -- Name group aku ; MCI COOPERATION. 
- taklimat KontrakKitaJanji. blablablaa. kena buat bendera moto matlamat lagu and so on.


KKJ (Done!!)
- aku & the gang buat lagu Alpha + kitorang nyanyi kat pentas. Haha :)
- Name lain Kompeni : ALPHA - Perisai, BRAVO - Lagenda, CHARLIE - Perkasa, DELTA - Pahlawan.


[read more: hnsh-pinkaholic blog]





Share story: Cikgu PLKN Kem White Resort, Balik Pulau




KISAH DI KEM WHITE RESORT BALIK PULAU.


Oleh sebab minat yang mendalam nak jadi cikgu.. aku pun cuba minta jadi tenaga pengajar di PLKN dalam program Integrasi.. nak rasa juga macam mana jadi cikgu.. tapi sayang kelas ku yang pertama pada pertengahan tahun 2010, aku tak sempat nak ambik gambar, tapi yang ku paling ingat aku bertuah masa tu aku ditempatkan di Kem White Resort, Balik Pulau, dalam kelas ku pada masa tu ada seorang wira nama dia adli.. memang bagus la adli..memudahkan kerja aku. 


Dia bertindak sebagai ketua kalau aku suruh buat sesuatu dia yang akan bertindak dan boleh pulak mengawal dan menggerakkan rakan rakannya yang lain untuk menjalankan aktiviti yang aku suruh. Memang aku tengok dalam diri Adli ada bakat kepimpinan yang tinggi..tapi sayang aku tak sempat nak ambil no tel dia.. kalau adli terbaca blog ni kontek cikgu ya..


Tahniah ku ucapkan pada semua pelatih PLKN di kem White Resort dalam kelas aku tu sebab.. kerjasama mereka yang amat baik sekali dan persembahan akhir mereka pun cukup bagus.. kerjasama yang baik antara semua, wira dan wirawati melayu, cina dan India. 


Dalam program integrasi.. modul nya adalah adat, budaya, makanan, pakaian, agama, permainan tradisional, perayaan. Semuanya mengikut kaum kaum yang terdapat di Malaysia lah.  Jadi bertuah sikit sebab aku kerja di Jabatan Perpaduan.. memang banyak juga pengalaman yang ada yang dapat ku curahkan pada pelatih pelatih PLKN tu.. dalam kelas yang ada adli tu.. aku ceritakan kisah Kg Medan kepada mereka.. kisah kg medan megenai tidak ada persefahaman antara kaum, Melayu, Cina dan India menyebabkan berlaku pergaduhan yang teruk dan banyak yang mati.. ku ceritakan pada mereka kisahnya mengenai pada suatu masa di kg tu..


Ada satu keluarga melayu sedang buat kenduri kawin dalam masa yang sama juga ada satu keluarga india kematian ahli keluarga dan hendak membawa ahli keluarga yang mati tu ke kubur..jadi keluarga Melayu tu tak benarkan lalu di depan rumah mereka, jadi la perbalahan, membesar, hingga berlaku pergaduhan kaum.. tapi pandai wira dan wirawati mereka olah kan cerita.. dia orang selitkan juga masa aku tngk persembahan baru aku tahu.. ada pulak kaum cina bermain mercun sebab masa tu sedang merayakan tahun baru cina.. jadi 3 kaum tu bergaduh besar.. dan last sekali ada pulak dia orang berlakon jadi Pegawai dari Jabatan Perpaduan untuk leraikan pergaduhan tersebut.. bersama pihak polis. 


Yang akhirnya semuanya berbaik baik semula..Tahniah kamu semua... tapi cikgu terputus hubungan dengan kamu semua.. itu cerita kelas pertama ku..tapi satu gambar pun tak sempat nak ambil.. masa tu aku belum berblog dan berfacebook lagi.. jadi tak la ambik gambar.. tak ada kenangan bersama mereka..namun aku tetapkan rindukan mereka sebab mereka semua baik baik belaka..


[read more: Anor177 blog]





Resensi Buku Celoreng Biru: Book about PLKN story




Blog: Azuzafu

Share story: Cerita di KEM PLKN JIWA MURNI




Okay cerita PLKN bermula pada 29/03/2010 . Sesampai sahaja di KEM JIWA MURNI. Perasaan aku "macam kena serangan jantung" ...Dalam hati macam " Huhh ,gilaa daif tempat nie. Aku nk kene tinggal 3 months ke dekat sini ? "


Then sesi pendaftaran. Tanda-tangan ini dan itu dan ia mengambil masa almost 2 hours. Okay lepas tu, kaki ini melangkah dengan agak laju untuk sampai ke dorm akibat dah tak tahan gilaa kepanasan yang melanda akibat menunggu berjam-jam untuk mendaftar , Aku still mumbling " Eish apehal dorm aku macam kontena untuk orang keje kontrak tidur je " *again*


Setiap pagi kami akan dikejutkan dengan announcement pagi yang berbunyi " Semua wira dan wirawati dikehendaki BANGUN BANGUN BANGUNNNNNNNN !! " so kami akan bangun seawal jam 5 suku dan lebeh-lebeh pagi . then 5.50 dah kene ke surau untuk solat berjemaah . dan pada jam 6.20 pagi bermula lah aktiviti kami sebagai pelatih PLKN dan tamat aktivti pada jam 10.30 malam .


Well , aku rasa nie je kot gambar yang aku nak letak dekat blog .. dan selebehnya semua di FACEBOOK . Plus , gambar tak banyak sangat . Cikgu dah pesan tempat ini keras so jangan nak berseronok sangat so kami as a pelatih ikot je la arahan . 


Cerita - cerita keras pasal kem nie memang agak banyak gilaa lah , tapi karang tak pasal-pasal je aku kena saman sebab menakutkan budak-budak yang bakal jadi pelatih di KEM ini so tengok lah maaybe member yang rapat-rapat je la yang aku cerita nanti .


Okay pandangan aku mengenai PLKN ?! Bagi aku ,.. PLKN tak lah se"BEST" yang orang laen gembar-gemburkan tapi PENGALAMAN tu lah yang penting . At least aku dapat jugak lah rasa apa itu PLKN even 1 month , Well as i said bfre, PENGALAMAN ITU AMAT BEHARGA .


[read more: Najiyah Fariha blog]



Share story: Cerita yang agak panjang tentang pengalaman di PLKN




aku actually dah lama nak delete blog ni. tapi tak tau kenapa sampai sekarang aku tak delete2 lagi. tak sampai 3 bulan pun, PLKN dah meninggalkan kita. ada beberapa benda yang aku rindu dekat PLKN. antaranya announcement utk bangun pagi. "bangun, bangun, bangun. Banguuun!" then, PT10. bagi yang tak tahu apa tu PT10, ianya actually macam lompat bintang. boleh kata tiap2 pagi jugak buat benda tu. tak lupa juga kepada lalat-lalat yang sentiasa menemani kami di Kem Jiwa Murni pada setiap masa.


KEMBARA HALANGAN. yang ni aku tak join sbb dapat exception utk physical activity. kategori lelaki, pertama tentulah tiger (hijau). diikuti dgn jaguar (merah), cheetah (biru) dan last sekali leopard (kuning). kalau kategori perempuan, 1st leopard, diikuti dgn tiger, cheetah dan last sekali jaguar (alaa!). tak tau nak comment apa pasal aktiviti ni sbb aku tak ambil bahagian.


BOLA TAMPAR. tak syak lagi kompeni tiger memang gempak. di dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan, mereka juara. diikuti dengan leopard, cheetah, dan last sekali kompeni yang aku cintai, jaguar. yang ni pun aku tak nak cakap banyak.


BOLA JARING. aku tak tau apa yang terjadi dgn bola jaring sbb diorang main dalam asrama perempuan. lelaki tak boleh masuk untuk memberikan sokongan. apa yang aku tau Jaguar 1st, diikuti dgn tiger. ke3 dan ke4 aku tak amik tau. Plus, time diorang main ni clash pulak dgn pertandingan sepak takraw.


SEPAK TAKRAW. sepatutnya jaguar boleh masuk final. tapi tak tahu lah kenapa. mungkin sbb terlebih yakin kot. kalah dengan tiger. but then dpt tempat ke3. boleh laa. 1st leopard, diikuti dgn tiger, jaguar(hii!), dan cheetah.


BOLA SEPAK. satu gol sudah cukup untuk membawa jaguar ke final setelah mengalahkan cheetah 1-0 hasil tendangan penalti yang disempurnakan oleh pemain jaguar kelahiran Jeli, Kelantan iaitu Adam Haffize. bertemu leopard di final, jaguar kalah dgn jaringan 2-1. walaupun jaguar mendapat sokongan padu daripada cikgu kamal yang juga merupakan cikgu tiger, namun itu tidak cukup untuk menundukkan pasukan leopard yang dikatakan diwakili oleh 5 pemain yang pernah mewakili sekolah. tiger menduduki tempat ke3 setelah mengalahkan cheetah menerusi penentuan penalti.


WIRAJAYA. huh. ni yang paling seronok dan mencabar. kitorang telah diberi penerangan oleh cikgu. "kita akan berkhemah 7km dari kem ni. kat sana ada air terjun. kpd yang sakit, kamu juga akan berkhemah cuma kamu tak akan ikut berjalan sejauh 7km." berjalan 7km mmg letih. bila dah sampai di tapak kem, laa. rupanya tapak kem kitorang tu betul2 belakang litar 'high rope'. punya lah bengang. 1st sbb kitorang berjalan sejauh 7km semata-mata untuk berkhemah di belakang litar 'high rope' yang padahal jaraknya cuma 5 minit dari dorm kitorang. 


2nd, sbb kitorang langsung tak jumpa air terjun. tapi demi negara, kitorang ikut jea lah. so, pasang khemah. yang diberikan cuma poncho, buluh, tali. setelah sejam lebih, siap jugak khemah. then, hujan turun. kitorang diarahkan untuk pulang ke dorm. then memasak sendiri makan malam di Dewan Makan. malam tu, tidur di dalam dorm. pagi tu, berkawad di dewan makan sbb hujan turun. 


[read more: When Amirul Talks blog]



Share story: [pictures] QQjoyce130 PLKN Story 2009 (Segamat)









"A picture is a poem without words"

Full credit to: Joyce blog
Pictures: Joyce picasa

Share story: Fatin6322 PLKN Story

Excitednye dapat gi PLKN.. huhu.. ayat pertama dalam fikiran.. dah siap2 daftar kt Kulai & mnuju ke destinasi yg agak jauh & panjang.. sedih tu jgn cite laa.. memang nangis.. tapi dalam hati jew.. huhu.. sepanjang 3 bulan macam2 perkara yg baik & buruk berlaku.. Check it out! >>


Meh fatin perkenalkan tentang PLKN sket2.. Pelatih2 dibahagikan kepada 4 kumpulan @ dinamakan “Company” di sana.. Ad Alpha, Bravo, Charlie, & Delta.. Fatin dapat company Alpha.. anggotanya lebih kurang  80 orang laa setiap company.. and dibahagikan kepada lelaki dan perempuan.. And aktiviti hariannye adalah pagi sarapan, lepas sarapan ad kelas Pembinaan Diri.. Haa~ nak tahu ape tu.. Dy macam bimbingan ke arah pembentukan diri kepada yang lebih baik..  


PLKN nie ad 4 modul; iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter & Modul Khidmat Komuniti.. Dalam Modul Fizikal tu sama macam aktiviti kawad yg bertujuan utk membina ketahanan mental, emosi & spiritual.. Modul Kenegaraan plak utk dikhaskan satu aktiviti yang menyentuh tentang tanggungjaab terhadap negara, macam mana utk menghadapi musuh.. semangat bersatu padu yang perlu ad dalam setiap diri individu.. 


Modul Pembinaan Karakter ad 2 komponen.. iaitu Pembinaan Diri & Pembinaan Diri Dengan Orang Lain   dy akan ajar camne nak tahu potensi diri.. camne nak keluarkan potensi orang lain.. Pelatih2 akan dibahagikan kepada beberapa kelas;) And lastly, Modul Khidmat komuniti.. nie lebih kepada kesukarelaan dalam melakukan sesuatu.. pelatih2 akan dibahagikan kepada beberapa group and pergi ke destinasi tertentu & buat something, contohnya time tu fatin dapat gi balai raya and ad gotong-royong laa sket pastu ad aktiviti macam main congkak, nyanyi, kerusi beracun.. dll


Dalam PLKN nie terlalu banyak aktiviti; antaranya kawad, masuk hutan, kompas, baca peta, pertolongan cemas, pandu arah, menembak and yang paling best sekali rempuh halangan.. Ok, mule2 sntuh pasal kawad.. fuhh.. memang mengancam.. dah laa lokasi berhampiran ngn pantai.. tak macam panas + pedih air laut.. kat situ fatin belajar merasai panas yg terlalu amat.. dengan baju celorengnye.. huhu.. dah nak kena panggang rasenye.. kawad nie rutin.. apa2 aktiviti sbelum tu mesti ad kawad.. nak makan, nak balik room or ape2 jew laa.. and for the final PLKN, ad pertunjukan kawad laa utk kali terakhir.. smua nangis, sedih nak berpisah.. tak kurang jgk ramai yg pengsan time kat dataran.. haha.. lagi2 time bendera company nak dicabutkan menandakan tamat latihan.. Ya Allah, pilunya rase.. sedih, terlalu sedih.. 3 bulan kat situ.. hm,, okey2 jap lagi..


sambung cite blek.. aktiviti seterusnya, masuk hutan.. nie dalam bulan 2.. satu hari jew masuk hutan.. belajar cara masak kat situ, buat “khemah” dy, buat tandas sendiri.. macam2 laa.. seronok.. haahh.. blek jew drpd masuk hutan, fatin terus demam panas.. dalam 3 hari jew.. dah kena masuk air duk dalam klinik.. temperature time tu 39.1 C.. seronok masuk air.. memang dah lame tringin.. hik3x.. lpas masuk air, selera makan plak bertambah.. haha.. syok2..


[read more: Fatin6322 blog]

Share story: Kem Millennium, Beranang another side story

Before you read this story, I hope everyone would not ask me who is he and everything else about him....My story has no romantic side to it, no right or wrong. This is just a simple story in my simple life.


I'll give him a name....Asri.(Not a real name) The first time I knew about him was the first time all the muslim pelatihs went to surau. when we prayed for Maghrib, I swear I thought the Imam's voice was coming from a CD player. It was soooo beautiful, my eyes started to shed tears. I thought itwas an Ustaz that the government hired. Apparently, he was no more than a boy at my age. he was also from my home area. Coincidence, I guess. There weren't many Selangor-eans yet, only from Kajang at that time. But, I never knew his face at that time....


I started to know about him when I found out that some of my friends fancy him. I didn't fancy him at first cos I just wanted to know him, that's all. I wanted to thank him for saving my friend from "emotional disturbances". Don't ask what it is.... So, my friends and I went to the Logistic cos we wanted to change our baju celoreng to a new one cos we're goin to the PICC to meet Pn. Rosmah, PM's wife. That's when I met him...My friend called him and asked can she be his friend. He nodded shyly at first and I also said "aku pun mo kwan juga". He looked at me as if he never met me before. So did I, with a smile. My friend, ANI, asked " bila ko mo bagi hp no ko?", he looked down at his shoes and then looked up, he said " nanti...nanti". I studied his face, it's as if he didn't seem too eager to give his hp. no. to ANI. I looked at him, and I felt my chest was 'chilled' for a moment. My friend thought of giving up on getting him, if you understand.


I saw him again near the Koperasi by accident and called him."Asri, bolehkah ko bagi ak hp. no. ko?" I asked, again he said the same word. "NANTI". I got myself interested with this boy, cos he wasn't like the other guys at my camp. But, I wasn't sure yet. I thought maybe I shouldn't force him to give his no. cos it's his right anyway.... So, I tried to get to know him a little better. He was really 'alim'. No wonder I felt a 'chill' in my chest. As time past, I knew him more got closer to him a little bit. I somehow felt happy just being near him and he had this goofy smiled on his face made me think it's cute. I couldn't near him since he has a 'ustaz' reputation written on his forehead.


[read more: mylifeisdabest blog]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...