skip to main |
skip to sidebar
Setelah hampir 6 tahun meninggalkan Kem PLKN Setia Ikhlas Semenyih (KeMsis), akhirnya pada tarikh 9 Oktober 2010 (Sabtu) Fendy dan rakan-rakan lain kembali semula ke kem tempat kami menjalani program latihan Khidmat Negara pada tahun 2004/2005 yang lalu.
Bermotifkan 'Perjumpaan Alumni & Sambutan Hari Raya Aidilfitri PLKN' anjuran Jawatankuasa Latihan Khidmat Negara (JLKN) ini telah kembali mengumpulkan bekas-bekas wira dan wirawati bermula dari tahun 2004-2010.
Majlis ini diserikan dengan jamuan makanan raya, persembahan, sesi karaoke, permainan dan paling penting sesi bergambar. Mengimbau kenangan lampau, kamilah 'batch' yang pertama merasmikan KeMsis ini. Terdapat banyak kenangan suka, duka, seram, perit, letih dan pelbagai perasaan yang tidak dapat diolah oleh kata-kata.
Tidak banyak perubahan di KeMsis melainkan rumput-rumput serta pokok-pokok yang dulunya layu dan tanah yang kering telah berubah menjadi tumbuhan yang menghijau dan tanah subur menjadikan KeMsis lebih ceria dan segar mata memandang. Keterikan mentari sama sahaja seperti kami berada di dalam KeMsis dahulu.
Di kesempatan yang jarang-jarang kami perolehi ini, kami mengambil kesempatan berjalan mengelilingi serta mengambil foto kenangan di dalam KeMsis. Fendy berharap agar usaha murni JLKN ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Kepada bekas wira dan wirawati, ayuh kita berganding bahu tidak mengira warna kulit, bangsa, budaya dan agama bagi mencapai "Satu Hasrat, Satu Semangat & Satu Tekad" bersama. Kamilah WIRA & WIRAWATI PLKN..!
** lain-lain foto boleh lihat di SINI Terima kasih
Salam perpaduan, salam 1 Malaysia,
Semenyih, Kajang 9 Okt 2010: Semalam, kira-kira seramai 200 pelatih telah membanjiri Kem Setia Ikhlas di sini. Bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada 3 petang telah mengimbas kembali kenangan yang telah terpahat di setiap sanubari bekas pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang di mana pelatih dari siri 1 hingga 7 bertemu di dalam 1 majlis yang dianjurkan buat julung kali diadakan.
Di dalam majlis semalam, telah dilantik beberapa bekas pelatih alumni untuk menjadi AJK sekteriat yang mewakili Kem Setia Ikhlas untuk mencapai misi yang ingin digapai oleh pihak PLKN adalah untuk mengumpulkan bekas pelatih PLKN seramai 30 ribu bertemu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak. Nama-nama AJK boleh lihat di SINI
Sehubungan dengan itu, satu group telah dibuka di Facebook untuk mempercepatkan informasi ini dan boleh menyertai bekas pelatih di PERHIMPUNAN BEKAS PELATIH PLKN (30 RIBU PESERTA) DI PICC, PUTRAJAYA
Jika sesiapa yang mempunyai blog personal/peribadi, boleh link kan blog ini di dalam blog anda semua. Terima kasih! =)
yours
ADMIN