Saturday, July 23, 2011

Share story: Smilenajah93 have own story!



KEM PLKN SETIA IKHLAS SELANGOR,
KUMPULAN 1 SIRI 8/2011


wuargh!! skunk nie cuti raya cina...kami sume balik ke rumah..seronok btol mereka~..tinggal la kanak2 sbh srwk yg x balik...cian mereka,tp seronok gak coz lkem bawak dorunk jln2


untuk bulan nie,byk masuk kelas cV je...tp,,kelas cv best!!~ kami ade 7 syukur(kelas) n saya dlm syukur 1,kami diajar oleh cikgu hajah n cikgu din!
22 sgt bersemangat mengajar kami! kelas pulak ok la..kami da abih 3 modul..
dan kami da mula mengubah sikap (cewah,,yeke) rakan2 dlm kelas sume best2... jup2,nk sebut skit rakan2 dlm kmpulanku...setiap modul tuka2 kumpulan..


modul pertama:-
(INSPIRA) nama kumpulan kami
hafiz,safwan,vender,sajen,ewan,kim(its me),fiqa,suhaida,lina,Qi!
kami INSPIRA, blajar ttg cara untk menampilkan yg terbaik dlm diri sendiri


modul2nya:
mustahil ke boleh,sikap,tanggungjawab,imej atau diri sndiri, pendengaran aktif,setuju o x,tduh menuduh,perjanjian insyaAllah kami akn praktikkan sume yg kami pelajari!


modul kdua:
CIMB(cina,india,melayu,borneo)
afiq,bob,ken,bawet,safwan,geetha,maryati,kim(me),wani.,cheryl


CIMB the best!
kami blajar cara untuk menampilkan yg terbaik dlm diri org lain.


tajuk2 modul:
kepercayaan,kejujuran,tanggungjawab,kepimpinan,betul/salah,menang/kalah,matlamat,pertimbangan dan persembahan dlm modul nie pon best,tp saya x sempat habiskan coz de pengambaran drama n saya mengikutinya...(jadi pelakon tambahan je) mase persembahan saya xde!! wua,,xbest!


[read more: smilenajah93 blog]


Sedikit gambar dari blog smilenajah93;





Share story: ABE YIE's TIPS: How to survive in PLKN?



Mengetahui namaku tersenarai antara pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melalui internet merupakan sebuah mimpi ngeri bagiku, dan juga rakan-rakan tahun SPM ku yang lain. Rasa macam dunia ni gelap, kaget, rasa macam stonehenge lekat atas kepala.

Dulu, aku ditempatkan di kem PLKN Merbok, Kedah untuk latihan siri ke-5 kumpulan 1.

Be another you

Maksud another you ni bukannya bermaksud menjadi orang lain. Bukan juga lagu Cromok yang slalu brader-brader rock goreng solo kat bus stand. Tapi menjadi diri anda sendiri yang tak dapat kita ekspreskan pada masa lalu. 

Contohnya jika anda dulu kaki skodeng, naik aspuri pastu kantoi. Habis semua pompuan satu sekolah menjauhi korang dan hidup dipandang serong oleh masyarakat. So di PLKN, anda boleh jadi orang lain, ibarat diberi peluang kedua untuk hidup. 

Sebabnya kat PLKN ni memang takde orang yang kenal anda, tiada siapa yang tahu akan kisah silam kita.

Persediaan mental

Bak kata Ustaz Hj. Fadhilah Kamtumi "insan yg cemerlang dtgnya drp akal, dengan hati yang tenang, dengan jiwa yang mantop!"
Dekat kem anda akn ditocer (aku tak reti eja ni) dengan keras, tanpa belas kasihan. buahahhaa. saje je nak bagi takot. haha

Tidak sebenarnya. Kebanyakan jurulatih di sana mesra dan boleh memahami budak-budak. Kalu anda muka cantik dan berbodi Ayu Rhaudhah makin mudah la urusan anda.

Cuma dalam sesebuah kem tu akan ada la ditempatkan 2,3 orang askar, pangkat sarjan woh! mana tak garang. Ketar lutut gak ar kalu kena tengking. Silap hari bulan makan tapak kasut spike pun ade. bbbrrrr~

Tidak cerewet. Kalu sapa-sapa yang rasa anak mak, takleh kena panas, tak suka peluh, mekap tebal, haa sila pergi mampos. Korbankan sikit kecerewetan anda demi nusa, bangsa, dan agama! pergh!

Follow the flow

Anggap lah diri anda masuk military. Anda kena strict, kena ikut peraturan, skema macam orang suruhan menteri. Kalu jurulatih suruh A, A lah anda buat. Kalu B, B lah.

Aku penah dulu nak buat onar beb. Kat sana selang sebulan kena botak kepala (oh shit!).  3 bulan, jadinya 3 kali la kena tebas. Yang ke-3 ni aku mengelat, lari. haha. Kontrol hensem la kononnya. Dua hari lepas tu semua orang dah botak, aku dan beberapa geng aku yg banyak rambut, bangga siot. Hah,malam tu jugak jurulatih wat spot check dan terkantoi la kami. Siap kena naik atas pentas dan kena botak kepala depan orang ramai. Besarlah kemaluanku di depan awek-awek muda. uhuk2 (T_T)

Kawan aku kat U ada sorang tu, dia cite dulu masa kat kem dia jenis memberontak, taknak ikut protokol & kurang melibatkan diri dalam semua aktiviti. Hasilnya, orang duk cerita kisah sendiri masa PLKN, dia plak duk sibuk crita kisah member-member satu kem, takde crita sendiri. Mesti beliau nyesal. Padan muka.

Mantapkan fizikal dan fitness

Takleh lari la, nama pun kem, banyak la aktiviti fizikal macam berkawad, lari berhalangan, camping wira jaya, berkayak, flying fox, megan fox, swimmng, dan etc.
Kalu korang tak fit, lembik, susah ar. 

Kat kem aku ada sorang apek ni, selalu sakit-sakit. Memang kena pangkah ar kat budak-budak ni sebab masa orang duk kawad atau jog tiap pagi dia senang-senang boleh duk bawah pokok sebab ade excuse. Gila dengki


Berani bersuara

Kalu anda merasakan diri itu pemimpin sejati, boleh la volunteer nak jadi penghulu kem ataupun ketua kompeni. Dapat balak kat bahu beb! feymes!
Tapi aku malas ah jadi orang berpangkat ni. Tak rock. Tak indie kata Areh Che Man!

Bagus sebenarnya, nak develop soft skil. Dapat hak istimewa daripada jurulatih lak tu. Tapi beban la sket. Dan yang paling penting ramai aweks minat beb, aweks!

Show your talent

Setiap orang mesti ada bakat dan keunikan sendiri. Macam orang yang berbodi sasa macam Jehan Miskin, memang advantage la untuk tunjuk skil kat kem ni kan.

Kalu yang jenis power main bola, gelecek 12 orang sekali lepas macam Shahrul Idlan Talaha boleh join team futsal kem. Ada tournament kot antara kem.

Kalu yang berjiwa seni boleh buat lukis bendera, main musik ataupun berlakon. (Berlakon memang boring, tiap-tiap modul mesti kena berlakon. Aku yang agak Rosyam Nor ni memang banyak ar offer. ekekeke)

Kalu yang agak lembut atau pun auw pun boleh gak masuk masakan rimba ke, kupas bawang ke masa camping, talent gak tu beb!

Yang rasa takde langsung bakat dalam diri, aku rasa baik jadi 'si kena pangkah'. Boleh la jadi bahan orang nak gelakkan. kihkih

Apa yang best di PLKN?

Kawan baru
Belajar cara menembak pakai M-16 (serius cool gila ah!)
Masuk hutan
Menari poco-poco
Flying fox (thrill woh!)
Belajar berkayak
dan banyak lagi, tak ingat.

Memang masa di kem rasa suma ni tak best langsung...tapi bila balik, baru rasa betapa berbaloi nya ni suma. Oyes!

[read more: Teruna Teruja Blog]

Clip video 1NSPLKN BLOG: Memoirs in KEMSIS camp




Salam sejahtera para pembaca yang dihormati. Selama 3 jam menghadap PC yang agak uzur usianya, dapat juga saya siapkan 1 clip video (boleh dikatakan clip video eh?) yang saya dapatkan sumbernya dari rakan-rakan PLKN seperti Eyla dan tidak dilupakan, Peggi Chong yang saya ambil sedikit gambar dari photo album facebook nya.


Tujuan saya compile gambar-gambar lama bukan lain tak tidak bukan hanya untuk membakar kembali semangat PLKN kita yang telah lama terpadam selepas kita mengikuti latihan di dalam kem. Cuma 1 soalan admin mahu bertanya, selama kita di luar kem (selepas latihan) berapa kali kita bertemu dengan rakan-rakan PLKN tidak kiralah dari kem seniri atau dari kem yang lain? Banyak kali kah? ataupun tidak pernah?


Justeru, sebagai permulaan, saya upload clip video ini sebagai satu titik tolak untuk kita bersama-sama memikirkan, mencadangkan,pandangan atau apa saja untuk Alumni kita. Anda mahukan aktiviti yang bagaimana, kita boleh aturkan sebaik yang mungkin. Inilah masanya kita membalas kembali jasa pihak JLKN yang memberikan satu impak yang besar dalam pembinaan jati diri belia sebagai rakyat Malaysia.


Anda suka video ini? share di wall Facebook anda sekarang! =D


Enjoy!

Friday, July 22, 2011

PLKN SIRI 1 2004/2005: We share story!












Gambar-gambar diatas full credit diberi kepada pelatih dari Kem Setia Ikhlas, wirawati Eyla yang sudi upload gambar kenangan di kem yang telah beliau hadiri untuk mengikuti latihan khidmat negara selama 3 bulan. Hanya gambar sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan oleh semua wira/wirawati yang datang dan pergi di dalam latihan ini.

Anda mempunyai cerita yang menarik untuk dikongsi? hantarkan kepada admin blog 1NSPLKN[at]gmail.com dan pihak admin akan memaparkan 100% 
keaslian cerita anda disini (tiada suntingan dilakukan terhadap penceritaan anda)

Mari kongsikan! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...