aku actually dah lama nak delete blog ni. tapi tak tau kenapa sampai sekarang aku tak delete2 lagi. tak sampai 3 bulan pun, PLKN dah meninggalkan kita. ada beberapa benda yang aku rindu dekat PLKN. antaranya announcement utk bangun pagi. "bangun, bangun, bangun. Banguuun!" then, PT10. bagi yang tak tahu apa tu PT10, ianya actually macam lompat bintang. boleh kata tiap2 pagi jugak buat benda tu. tak lupa juga kepada lalat-lalat yang sentiasa menemani kami di Kem Jiwa Murni pada setiap masa.
KEMBARA HALANGAN. yang ni aku tak join sbb dapat exception utk physical activity. kategori lelaki, pertama tentulah tiger (hijau). diikuti dgn jaguar (merah), cheetah (biru) dan last sekali leopard (kuning). kalau kategori perempuan, 1st leopard, diikuti dgn tiger, cheetah dan last sekali jaguar (alaa!). tak tau nak comment apa pasal aktiviti ni sbb aku tak ambil bahagian.
BOLA TAMPAR. tak syak lagi kompeni tiger memang gempak. di dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan, mereka juara. diikuti dengan leopard, cheetah, dan last sekali kompeni yang aku cintai, jaguar. yang ni pun aku tak nak cakap banyak.
BOLA JARING. aku tak tau apa yang terjadi dgn bola jaring sbb diorang main dalam asrama perempuan. lelaki tak boleh masuk untuk memberikan sokongan. apa yang aku tau Jaguar 1st, diikuti dgn tiger. ke3 dan ke4 aku tak amik tau. Plus, time diorang main ni clash pulak dgn pertandingan sepak takraw.
SEPAK TAKRAW. sepatutnya jaguar boleh masuk final. tapi tak tahu lah kenapa. mungkin sbb terlebih yakin kot. kalah dengan tiger. but then dpt tempat ke3. boleh laa. 1st leopard, diikuti dgn tiger, jaguar(hii!), dan cheetah.
BOLA SEPAK. satu gol sudah cukup untuk membawa jaguar ke final setelah mengalahkan cheetah 1-0 hasil tendangan penalti yang disempurnakan oleh pemain jaguar kelahiran Jeli, Kelantan iaitu Adam Haffize. bertemu leopard di final, jaguar kalah dgn jaringan 2-1. walaupun jaguar mendapat sokongan padu daripada cikgu kamal yang juga merupakan cikgu tiger, namun itu tidak cukup untuk menundukkan pasukan leopard yang dikatakan diwakili oleh 5 pemain yang pernah mewakili sekolah. tiger menduduki tempat ke3 setelah mengalahkan cheetah menerusi penentuan penalti.
WIRAJAYA. huh. ni yang paling seronok dan mencabar. kitorang telah diberi penerangan oleh cikgu. "kita akan berkhemah 7km dari kem ni. kat sana ada air terjun. kpd yang sakit, kamu juga akan berkhemah cuma kamu tak akan ikut berjalan sejauh 7km." berjalan 7km mmg letih. bila dah sampai di tapak kem, laa. rupanya tapak kem kitorang tu betul2 belakang litar 'high rope'. punya lah bengang. 1st sbb kitorang berjalan sejauh 7km semata-mata untuk berkhemah di belakang litar 'high rope' yang padahal jaraknya cuma 5 minit dari dorm kitorang.
2nd, sbb kitorang langsung tak jumpa air terjun. tapi demi negara, kitorang ikut jea lah. so, pasang khemah. yang diberikan cuma poncho, buluh, tali. setelah sejam lebih, siap jugak khemah. then, hujan turun. kitorang diarahkan untuk pulang ke dorm. then memasak sendiri makan malam di Dewan Makan. malam tu, tidur di dalam dorm. pagi tu, berkawad di dewan makan sbb hujan turun.
[read more: When Amirul Talks blog]
0 comments:
Post a Comment