Monday, January 3, 2011

Banjir: Pelatih PLKN diminta hubungi JLKN

ALOR SETAR – Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di beberapa daerah di Kelantan yang dilanda banjir dan menghadapi masalah untuk melaporkan diri diminta menghubungi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata langkah itu bertujuan membolehkan JLKN mengaturkan kaedah sesuai supaya mereka boleh melaporkan diri tanpa perlu menangguhkan sesi latihan.
"Kepada pelatih yang tidak dapat bergerak kerana banjir, mereka perlu segera hubungi jabatan (melalui nombor telefon yang ada pada surat panggilan) dan pihak jabatan akan beritahu apa tindakan selanjutnya yang perlu diambil.
"Setakat ini saya belum dapat laporan mengenai jumlah pelatih yang terlibat banjir, tapi sebaik selesai masalah banjir, mereka boleh melaporkan diri,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pergerakan 715 pelatih PLKN siri 8/2011 di Stadium Darul Aman di sini hari ini.
Abdul Hadi berkata, jumlah pelatih bagi siri kali ini di seluruh negara adalah 140,000 orang. – Bernama
sumber: Kosmo

Selamat melangkah ke kem PLKN masing2~


Assalammualikum semua kwn2 & warga blogger :)


Firstly nk ckp kt kwn2 kte yang br je mdaftar sbagai PELATIH PLKN pd 3 Januari & 4 Januari 2011 .mesti korang rasa teruja kan baru mjejakkan kaki kt kem masing2 ,

rilex guys ,peperangan belum bmula kn :) kenal kwn2 dlu ,jurulatih2 dan cikgu2 .

harap korg dapat mnempuh hari2 korg dengan gembira & tenang .

pasti korang bakal akan mgenali antara satu sama lain ,

berbilang kaum & budaya . time lah korang nak kenal sumua orang

yang penting korang dapat sesuaikan diri dan dapatkan pengalaman yang paling manis ketika di kem :)


P/S : Jaga diri serta pandai mngunakan masa yang sebaik2nya ,AMIN :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...