Saturday, July 23, 2011

Share story: ABE YIE's TIPS: How to survive in PLKN?



Mengetahui namaku tersenarai antara pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melalui internet merupakan sebuah mimpi ngeri bagiku, dan juga rakan-rakan tahun SPM ku yang lain. Rasa macam dunia ni gelap, kaget, rasa macam stonehenge lekat atas kepala.

Dulu, aku ditempatkan di kem PLKN Merbok, Kedah untuk latihan siri ke-5 kumpulan 1.

Be another you

Maksud another you ni bukannya bermaksud menjadi orang lain. Bukan juga lagu Cromok yang slalu brader-brader rock goreng solo kat bus stand. Tapi menjadi diri anda sendiri yang tak dapat kita ekspreskan pada masa lalu. 

Contohnya jika anda dulu kaki skodeng, naik aspuri pastu kantoi. Habis semua pompuan satu sekolah menjauhi korang dan hidup dipandang serong oleh masyarakat. So di PLKN, anda boleh jadi orang lain, ibarat diberi peluang kedua untuk hidup. 

Sebabnya kat PLKN ni memang takde orang yang kenal anda, tiada siapa yang tahu akan kisah silam kita.

Persediaan mental

Bak kata Ustaz Hj. Fadhilah Kamtumi "insan yg cemerlang dtgnya drp akal, dengan hati yang tenang, dengan jiwa yang mantop!"
Dekat kem anda akn ditocer (aku tak reti eja ni) dengan keras, tanpa belas kasihan. buahahhaa. saje je nak bagi takot. haha

Tidak sebenarnya. Kebanyakan jurulatih di sana mesra dan boleh memahami budak-budak. Kalu anda muka cantik dan berbodi Ayu Rhaudhah makin mudah la urusan anda.

Cuma dalam sesebuah kem tu akan ada la ditempatkan 2,3 orang askar, pangkat sarjan woh! mana tak garang. Ketar lutut gak ar kalu kena tengking. Silap hari bulan makan tapak kasut spike pun ade. bbbrrrr~

Tidak cerewet. Kalu sapa-sapa yang rasa anak mak, takleh kena panas, tak suka peluh, mekap tebal, haa sila pergi mampos. Korbankan sikit kecerewetan anda demi nusa, bangsa, dan agama! pergh!

Follow the flow

Anggap lah diri anda masuk military. Anda kena strict, kena ikut peraturan, skema macam orang suruhan menteri. Kalu jurulatih suruh A, A lah anda buat. Kalu B, B lah.

Aku penah dulu nak buat onar beb. Kat sana selang sebulan kena botak kepala (oh shit!).  3 bulan, jadinya 3 kali la kena tebas. Yang ke-3 ni aku mengelat, lari. haha. Kontrol hensem la kononnya. Dua hari lepas tu semua orang dah botak, aku dan beberapa geng aku yg banyak rambut, bangga siot. Hah,malam tu jugak jurulatih wat spot check dan terkantoi la kami. Siap kena naik atas pentas dan kena botak kepala depan orang ramai. Besarlah kemaluanku di depan awek-awek muda. uhuk2 (T_T)

Kawan aku kat U ada sorang tu, dia cite dulu masa kat kem dia jenis memberontak, taknak ikut protokol & kurang melibatkan diri dalam semua aktiviti. Hasilnya, orang duk cerita kisah sendiri masa PLKN, dia plak duk sibuk crita kisah member-member satu kem, takde crita sendiri. Mesti beliau nyesal. Padan muka.

Mantapkan fizikal dan fitness

Takleh lari la, nama pun kem, banyak la aktiviti fizikal macam berkawad, lari berhalangan, camping wira jaya, berkayak, flying fox, megan fox, swimmng, dan etc.
Kalu korang tak fit, lembik, susah ar. 

Kat kem aku ada sorang apek ni, selalu sakit-sakit. Memang kena pangkah ar kat budak-budak ni sebab masa orang duk kawad atau jog tiap pagi dia senang-senang boleh duk bawah pokok sebab ade excuse. Gila dengki


Berani bersuara

Kalu anda merasakan diri itu pemimpin sejati, boleh la volunteer nak jadi penghulu kem ataupun ketua kompeni. Dapat balak kat bahu beb! feymes!
Tapi aku malas ah jadi orang berpangkat ni. Tak rock. Tak indie kata Areh Che Man!

Bagus sebenarnya, nak develop soft skil. Dapat hak istimewa daripada jurulatih lak tu. Tapi beban la sket. Dan yang paling penting ramai aweks minat beb, aweks!

Show your talent

Setiap orang mesti ada bakat dan keunikan sendiri. Macam orang yang berbodi sasa macam Jehan Miskin, memang advantage la untuk tunjuk skil kat kem ni kan.

Kalu yang jenis power main bola, gelecek 12 orang sekali lepas macam Shahrul Idlan Talaha boleh join team futsal kem. Ada tournament kot antara kem.

Kalu yang berjiwa seni boleh buat lukis bendera, main musik ataupun berlakon. (Berlakon memang boring, tiap-tiap modul mesti kena berlakon. Aku yang agak Rosyam Nor ni memang banyak ar offer. ekekeke)

Kalu yang agak lembut atau pun auw pun boleh gak masuk masakan rimba ke, kupas bawang ke masa camping, talent gak tu beb!

Yang rasa takde langsung bakat dalam diri, aku rasa baik jadi 'si kena pangkah'. Boleh la jadi bahan orang nak gelakkan. kihkih

Apa yang best di PLKN?

Kawan baru
Belajar cara menembak pakai M-16 (serius cool gila ah!)
Masuk hutan
Menari poco-poco
Flying fox (thrill woh!)
Belajar berkayak
dan banyak lagi, tak ingat.

Memang masa di kem rasa suma ni tak best langsung...tapi bila balik, baru rasa betapa berbaloi nya ni suma. Oyes!

[read more: Teruna Teruja Blog]

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...