Wednesday, December 1, 2010

PLKN mengajar aku tentang PERSAHABATAN

(Untuk tatapan anda ,artikelku yang dikeluarkan di majalah REMAJA)


Firsty thx tuk Abg shahroll sbb invite sy dlm menulis blog nie,sy sgt2 teruja :)
sy xksah untuk mceritakan pengalaman sy spanjang sy di dlm kem dan mjadi seorg pelatih .
Bila dan cmne sy dpt taw sy terpilih myertai PLKN? semasa sy di akhir tingkatan 5 ,sy mgunakan internet untuk mengetahui sama ada sy terpilih atau tidak ,hati dan perasaan sy bcampur baur ,cm2 perasaan y hinggap di pikiran ,bila sy memasuk kan no IC sy .alangkah terkejutnya ,bdebar2 hati ,dan jantung semakin laju ,Nama
sy NUR AMIRAH BINTI MOHD ROSLAN terpilih myertai program latihan khidmat negara , kwn2 yang sm sekolah pd ms itu rmai y tidak terpilih
di sebabkan beberapa org sj terpilih maka kami di umumkan di perhimpunan .pd ms tu jgn ckp lah kn .malu & bangga kot .hehe :)

Dalam ms beberapa minggu surat dr pihak JLKN pun smp
ai ke rumah ,nm y tertera pd surat tu adalah nmku ,sape lg kn NUR AMIRAH :) lantas aku mbuka dan mgetahui di mana akan ku mjalani program khidmat tersebut :
NAMA : NUR AMIRAH BINTI MOHD ROSLAN
TARIKH : 18 MAC - 18 JUN 2007 (KUM
P2 SIRI 4)
TEMPAT LATIHAN : KEM SETIA IKHLAS, SEMENYIH SELANGOR
MASA : 9 Pagi
TEMPAT BERKUMPUL : PARK PUTRAJAYA

Di atas adalah maklumat yang di berikan di dlm surat tersebut ,
Lantas ku mberitahu ibubapaku ,
pada 18 Mac 2007 ,selepas pukul 8.00pg kami sekeluarga mu
lakan perjalanan untuk mghantar ku ke tmpt pgumpulan Pelatih2 PLKN ,tepat pd kul 9.oopg kami smpai dan kelihatan begitu ramai pelatih yang suda ada di sana ,keadaan yang kelam kabut disitu ,aku & bapaku pon bgegas ke kaunter untuk mgetahui bas mne yang bakal aku naiki, tdk ku sangka rmai juga kwn2 sekolah ku d situ ,smbil mlamb
ai2 tangan kepada ku ,tetapi apakan daya kami sume tidak dapat satu kem .

Selepas mengetahui di mana bas yang aku akan naiki ,aku pula bsalaman & bpelukan dengan ahli keluarga ,sebak hati ,tidak tahu kenapa ,aku menahan airmataku ,lalu terus ku melangkah msok ke dlm bus ,aku duduk bsndirian d sbbkan di bas tidak terlalu ramai pelatih , aku menjenguk ke luar tingkap bus ,dan memandang sekali lagi ahli keluarga ,sambil melambai tangan dan aku tidak dapat menahan airmata yang mengalir ,mungkin aku takot dan risau berjauhan dengan ahli keluarga .

Bas pon beredar dr pkarangan putrajaya ,selepas 45 minit ,tibalah aku di kem setia ikhlas yang bakal aku tempuhi selama 3 bulan ,huh .cantek permandangan di situ ,agak jakon aku memandangnya .hehe :) kami di minta berbaris di hadapan LOGISTIK ,aku agak blur ketika itu ,dan sbnarnye jurulatih ingin memberikan barang2 keperluan seperti baju PT,Celoreng ,kasut dan pelbagai lg ,dr situ aku dpt melihat dan bkenalkan dengan kwn2 baru .

Lepas itu ,kami di minta pula berbaris di Dewan Makan
(DM) untuk mgetahui aku d tempatkan di blok ape ,Nm ku tersenarai di kompeni DELTA ! nm glamour kumpulan kami DELTA DOMONASI knp nm itu?? Sbb DOMINASI itu adalah 1 nama yang melambangan kte bbilang kaum & bangsa :) bukan kah PLKN adalah 1MALAYSIA :)

Hari semakin hari ,kami KOMPENIDELTA ,semakin rapat ibarat 1 keluarga yang besar ,Almaklumlah 112 org sumenye :) Jurulatih yang kami sygi adalah RAHMAN RAFEEK ,Cikgi IZAD,Ckgu Ani ,cikgu2 yang len sperti Ckgu Bibah ,jue dan ramai lg lah xtkre ramai jurulatih & ckgu2 kelas sume ,tidak lupe juga kompeni2 yang len seperti CHARLIE,BRAVO & ALPHA ,kami juga rapat bersama mereka .

Hari bganti hari ,pelbagai ciptaan lagu yang kami reka ,mjadi titik permulaan kami semakin hampir ke tamat latihan ,bmacam2 lagu delta ,Tp yang palin
g tsentuh hati ,apabila wira mcipta lagu yang bertajuk DELTA ALWAYS DI HATI ,dan
lagu yang makin top buat ms itu seluruh kem myanyikan BULAN 8 DI SANDAKAN ,


korg play & dgr kalo ko rs rendu rinduan kt kem msg2 k ,
ape yang aku nk katakan disini .kte yang dpt mgikoti program latihan khidmat negara adalah org yang sangat2 beruntung sekali! bg aku xde di mana dan tak dpt di cari pengalaman sebegini .
di dlm PLKN juga lah .aku taw ape itu PERSAHABATAN yang setia & kukuh ! saling tlg mnolong ,peka ,prihatin terhadap org sekeliling ,rmai adk2 yang di luar sne yang btanyakan pgalaman aku sepanjang menjalani program ,aku cume ckp BEST ! BEST !BEST! dan berikan semangat kpd mereka yang mereka boleh juga !

p/s : aku lampirkan beberapa keping gambar untuk tontonan and
a sume yang merindui KEM masing2 dan zaman PLKN :) saksikanlah !

ini sajalah cerita untuk aku kongsikan kpd korg sume ,apa yang Penting suda 4 tahun aku menamatkan latihan .tetapi masih segar sume kenangan di dalam ingatku ,aku bharap korg pon sm ok ! Maap kalo cerita ini tidak memuaskan bg beberapa pihak :)
1 HASRAT 1 TEKAD 1 SEMANGAT

Sunday, November 28, 2010

Penulis jemputan untuk blog 1NS PLKN: Tanggungjawab kita, Tanggungjawab bersama

Greetings to all..


Sejak blog ini ditubuhkan (sebaik sahaja habis bertemu di KemSis pada 9 Oktober 2010) sambutan terhadap blog ini agak memberangsangkan. Dan, untuk itu, saya selaku admin blog ini mengalu-alukan kehadiran kalian semua di dalam blog ini.


Untuk menjadikan blog ini terus relevan dari masa ke semasa, saya membuka ruangan ini untuk menjemput sesiapa yang ingin menjadi penulis jemputan/tetap di dalam blog ini. Khasnya yang sudah ada blog sendiri yang boleh menulis dalam beberapa buah blog lagi.







Ini penting kerana untuk menjadikan blog ini terus hidup dan berkembang menjadikan blog ini satu tempat untuk berikteraksi/pandangan/kritikan yang ada untuk ditambahbaik bukan saja untuk blog ini, untuk apa-apa usulan pun boleh ditulis diruangan bebas ini.


Akhir kata, dengan pelawaan kecil saya ini dapat diambil kira oleh para blogger semua, khasnya blogger dari bekas PLKN semua. Insyaallah =)


" 1 Tekad, 1 Semangat , 1 Malaysia "

Forum PLKN: Apesal sunyi sepi? mana korang sembunyi eh?

As salam to all Ex-PLKN,


Merujuk perkara kat atas, aku sanggggatttt2 kecewa dengan forum yang aku buat untuk dijadikan medium untuk berbual2 dan beramah mesra tidak diendahkan. Ok lah, aku paham sebab korang dilanda keseronokan berpesbuk (Facebook). Tapi tak pe, ada juga yang "sudi" mendaftarkan diri dalam forum yang dah dibuat beberapa minggu lalu.


Kalau forum yang aku buat tu sepi, aku boleh terima lagi. Nie yang pihak JLKN anjurkan pon, senyappp jeh! pe cer eh?? Memang korang tak amek "port" pasal mende2 cam nie kot. Yelah, mana yang dah berjaya, nak buat pe lagi sebok2 pasal PLKN nie kan. Tapi, aku tegaskan la eh, tanpa PLKN nie, bagi aku, skop "berkawan" tu terbatas untuk sesuatu kaum je. kan?


Malas banyak cerita. Jumpa dalam komuniti online di forum PLKN (Official punya)

Thursday, October 14, 2010

Kenyataan Akhbar Bil 52/10

Tarikh : 9th Oktober 2010      

PERJUMPAAN SEMULA BEKAS-BEKAS PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) DARI SIRI 1/2004 HINGGA SIRI 7/2010 SERENTAK DI SELURUH NEGARA


Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan pada hari ini Majlis Perjumpaan Bekas-bekas Pelatih PLKN di Kem-kem Seluruh Negara melibatkan 78 buah kem yang masih beroperasi termasuk Sabah dan Sarawak. Jabatan menjangkakan kehadiran bekas-bekas pelatih seramai 500 orang bagi setiap kem.




Turut sama dalam majlis ini ialah Kolonel Sanusi Hashim, Pengarah Bahagian Operasi dan Leftenan Kolonel Mohd Razak Omar, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hadir memeriahkan lagi majlis ini.




Tujuan dan objektif perjumpaan ini adalah seperti berikut:-

Mengumpulkan seberapa ramai bekas pelatih PLKN pada 9 Oktober ini
Menubuhkan Sekretariat Alumni di peringkat Kem-kem PLKN
Sambutan sempena Hari Raya Aidilfitri
Mendaftar sebagai Ahli Kad Pintar PLKN






Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Korporat
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tarikh: 9 Oktober 2010




source: KhidmatNegara portal

Errant NS trainees to perform community service chores!

2010/10/14


IPOH: Errant National Service (PLKN) trainees will be punished with community service starting next year. Welfare Services Department community service division director Zaimi Abdul Rali said the punishment would be carried out after a court order was issued. 

"More than 6,733 trainees called up have skipped the programme since 2007 and the number is expected to increase annually."


Zaimi said trainees hauled up would be subjected to not more 240 hours community service comprising chores undertaken by local authorities. 

"National Service Training Department (JLKN) statistics show that 716 trainees from Perak have failed to join training programmes. This makes Perak the fourth highest state nationwide," he added.

Community service is meant for offenders aged 18-21 years who committed minor offences for the first time. - BERNAMA



source: NSTP Online

Tuesday, October 12, 2010

Where we are 5 years ago?

Gambar. Satu medium yang sangat berguna untuk dijadikan bahan bukti mahupun bahan simpanan peribadi. Jika di peringkat tertinggi, gambar merupakan salah satu bahan arkib yang perlu dijaga rapi supaya boleh digunapakai untuk tatapan masa akan datang.

Di bawah merupakan contoh dari apa yang saya katakan tadi.

PLKN Kumpulan 1 Siri 2 2004/2005
Kem Setia Ikhlas, Semenyih Kajang



27-12-2004!! PLKN Kemsis


After dinner in class "Kenegaraan"

photo credits: Chiedah Syahidah

Monday, October 11, 2010

Pengalaman sebenar tentang Program Latihan Khidmat Negara

Peserta kumpulan 1 siri 2 2004/2005.(KemSis)


Pengalaman aku based on true story. Maaf, aku tak biasa pakai ayat formal. Dalam ruangan maya, aku lebih selesa menggunakan bahasa "biasa" atau bahasa "orang biasa" mudah bagi aku nak sampaikan apa yang tersurat dan tersirat.


Aku di offer masuk ke program nie. Awalnya, aku memang tak suka nak pergi apakan lagi aku seorang yang malas serba-serbi. Malas nak basuh baju sendiri, malas nak buat kerja rumah, semuanya aku malas! Satu hari, ade posmen datang ke rumah aku hantar surat penting. Aku belek-belek surat tu. Sah! dari pejabat PLKN.


Aku pandang mak aku. Mak aku pandang aku balik. Pandang lagi mak aku, pon respon yang sama. Last2, sengih2 cam kerang busuk!haha.. Mak aku cakap, mesti ko kena punya, masin mulut mak!


Then, aku pon prepare lah apa yang patot. Beg besar gabak, ada lagi beg sandang aku bawak. Segala makanan aku pon bawak gak, takot lapa. Pastu, kelengkapan mandian pon sama. Aku tinggal tak bawak bantal ngan tilam kat bilik aku tu je.


Pakcik aku yang hantar ke sana (kem). Thanks lah pakcik aku yang hantar,sebab banyak kot barang2 yang aku bawak dari rumah. Eh! silap, aku naik bas memula. Ayah aku yang hantar sama pakcik aku kat tempat pengumpulan peserta. Seronok! tengok bebudak lain sedang menunggu bas bergerak. Aku tak bertegor sape pon kat situ, semua sebok ngan hal masing2.


Bas bergerak. Aku dok tepi belah kanan. Ingat lagi tuh! cess.. hahah. Aku boring giler sebab bas tu tak de tv yang boleh aku cuci mata. Nak tak nak, layan mata sambil tertutup je lah (tido)!


Sampai di kem, aku tengok cantik gak kem ni, tapi still under progress. yelah batch pertama kot? hahaha, sebagai orang yang pertama pakai kem tu, so banyak kurang dan lebihnya.


Aku tak kesah sangat pasal tu. Apa yang penting, aku nak cepat habes 3 bulan tu. Aku tak dulik pe yang jadi sepanjang 3 bulan tu, yang aku tahu aku nak cepat habes. tu je.


Aku sambung kemudian. dah awal pagi,mengantok! =)

Corat coret di Kem Setia Ikhlas, Semenyih 9 Oktober 2010










Kenangan bersama masih dirasai hingga sekarang!!
PLKN Rulez!

photo credits: Fendy Izwanizam

Sunday, October 10, 2010

Lagu Rasmi PLKN



Wira Wirawati Harapan Bangsa
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran Begerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan

Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita yang Kaya
Bersama Bergandingan Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia

Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad Bersama

Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kami Sahut Cabaran Bergerak Seiringan
Kami Pasti Mencapai Wawasan

Kita Sahut Cabaran
Bersama Bergandinga
Berkhidmat Untuk Negara..MALAYSIA!

Video: Lagu Rasmi on Youtube


Saturday, October 9, 2010

Pengalaman bekas peserta PLKN di KemSis

Setelah hampir 6 tahun meninggalkan Kem PLKN Setia Ikhlas Semenyih (KeMsis), akhirnya pada tarikh 9 Oktober 2010 (Sabtu) Fendy dan rakan-rakan lain kembali semula ke kem tempat kami menjalani program latihan Khidmat Negara pada tahun 2004/2005 yang lalu. 


Bermotifkan 'Perjumpaan Alumni & Sambutan Hari Raya Aidilfitri PLKN' anjuran Jawatankuasa Latihan Khidmat Negara (JLKN) ini telah kembali mengumpulkan bekas-bekas wira dan wirawati bermula dari tahun 2004-2010. 


Majlis ini diserikan dengan jamuan makanan raya, persembahan, sesi karaoke, permainan dan paling penting sesi bergambar. Mengimbau kenangan lampau, kamilah 'batch' yang pertama merasmikan KeMsis ini. Terdapat banyak kenangan suka, duka, seram, perit, letih dan pelbagai perasaan yang tidak dapat diolah oleh kata-kata. 


Tidak banyak perubahan di KeMsis melainkan rumput-rumput serta pokok-pokok yang dulunya layu dan tanah yang kering telah berubah menjadi tumbuhan yang menghijau dan tanah subur menjadikan KeMsis lebih ceria dan segar mata memandang. Keterikan mentari sama sahaja seperti kami berada di dalam KeMsis dahulu. 


Di kesempatan yang jarang-jarang kami perolehi ini, kami mengambil kesempatan berjalan mengelilingi serta mengambil foto kenangan di dalam KeMsis. Fendy berharap agar usaha murni JLKN ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Kepada bekas wira dan wirawati, ayuh kita berganding bahu tidak mengira warna kulit, bangsa, budaya dan agama bagi mencapai "Satu Hasrat, Satu Semangat & Satu Tekad" bersama. Kamilah WIRA & WIRAWATI PLKN..!


** lain-lain foto boleh lihat di SINI Terima kasih

Pengenalan blog 1 National Service PLKN

Salam perpaduan, salam 1 Malaysia,


Semenyih, Kajang 9 Okt 2010: Semalam, kira-kira seramai 200 pelatih telah membanjiri Kem Setia Ikhlas di sini. Bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada 3 petang telah mengimbas kembali kenangan yang telah terpahat di setiap sanubari bekas pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang di mana pelatih dari siri 1 hingga 7 bertemu di dalam 1 majlis yang dianjurkan buat julung kali diadakan.


Di dalam majlis semalam, telah dilantik beberapa bekas pelatih alumni untuk menjadi AJK sekteriat yang mewakili Kem Setia Ikhlas untuk mencapai misi yang ingin digapai oleh pihak PLKN adalah untuk mengumpulkan bekas pelatih PLKN seramai 30 ribu bertemu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak. Nama-nama AJK boleh lihat di SINI


Sehubungan dengan itu, satu group telah dibuka di Facebook untuk mempercepatkan informasi ini dan boleh menyertai bekas pelatih di PERHIMPUNAN BEKAS PELATIH PLKN (30 RIBU PESERTA) DI PICC, PUTRAJAYA


Jika sesiapa yang mempunyai blog personal/peribadi, boleh link kan blog ini di dalam blog anda semua. Terima kasih! =)


yours
ADMIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...