Showing posts with label pengalaman file. Show all posts
Showing posts with label pengalaman file. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Pengalaman bekas peserta PLKN di KemSis

Setelah hampir 6 tahun meninggalkan Kem PLKN Setia Ikhlas Semenyih (KeMsis), akhirnya pada tarikh 9 Oktober 2010 (Sabtu) Fendy dan rakan-rakan lain kembali semula ke kem tempat kami menjalani program latihan Khidmat Negara pada tahun 2004/2005 yang lalu. 


Bermotifkan 'Perjumpaan Alumni & Sambutan Hari Raya Aidilfitri PLKN' anjuran Jawatankuasa Latihan Khidmat Negara (JLKN) ini telah kembali mengumpulkan bekas-bekas wira dan wirawati bermula dari tahun 2004-2010. 


Majlis ini diserikan dengan jamuan makanan raya, persembahan, sesi karaoke, permainan dan paling penting sesi bergambar. Mengimbau kenangan lampau, kamilah 'batch' yang pertama merasmikan KeMsis ini. Terdapat banyak kenangan suka, duka, seram, perit, letih dan pelbagai perasaan yang tidak dapat diolah oleh kata-kata. 


Tidak banyak perubahan di KeMsis melainkan rumput-rumput serta pokok-pokok yang dulunya layu dan tanah yang kering telah berubah menjadi tumbuhan yang menghijau dan tanah subur menjadikan KeMsis lebih ceria dan segar mata memandang. Keterikan mentari sama sahaja seperti kami berada di dalam KeMsis dahulu. 


Di kesempatan yang jarang-jarang kami perolehi ini, kami mengambil kesempatan berjalan mengelilingi serta mengambil foto kenangan di dalam KeMsis. Fendy berharap agar usaha murni JLKN ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Kepada bekas wira dan wirawati, ayuh kita berganding bahu tidak mengira warna kulit, bangsa, budaya dan agama bagi mencapai "Satu Hasrat, Satu Semangat & Satu Tekad" bersama. Kamilah WIRA & WIRAWATI PLKN..!


** lain-lain foto boleh lihat di SINI Terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...