Showing posts with label big gathering alumni PLKN. Show all posts
Showing posts with label big gathering alumni PLKN. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Short UPdate: About 3 July 2011

Pada tarikh ini (3 Julai 2011) akan diadakan majlis besar-besaran bersama semua alumni PLKN siri 1 hingga sekarang.

Majlis BERKEMUNGKINAN akan dihadiri oleh pemimpin negara.

Kapasiti stadium dimaklumkan dapat memuatkan seramai 15ribu orang. Jadi marilah kita beramai-ramai menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil, kembalikan semangat PLKN semasa di kem dahulu.

PENGANGKUTAN AKAN DISEDIAKAN.
tapi kepada sesiapa yang tinggal berdekatan, kenderaan sendiri amat digalakkan. Tumpang-tumpangkan yang lain, 'car-pooling', LRT (save the environment) makanan juga disediakan, pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan.

Kedatangan anda amat dialu-alukan.
Sila confirm kedatangan anda dengan menghantar:
1) Nama
2) No. IC
3) No tel 
4) Alamat

SEKARANG melalui sms, call, facebook atau apa-apa juga cara kepada mana-mana sekretariat kem yang dilantik secara sah.

Tolong sebarkan maklumat ini kepada kawan-kawan anda!
Kerjasama anda amat dihargai.

Ok guys, korang boleh contact MOHD FAUZI selaku Timbalan Pengerusi Sekteriat Negeri Selangor untuk hantar maklumat yang di"bold" merah. Korang boleh pergi ke page event di dalam Facebook juga.


Saturday, April 2, 2011

Nak target 15 ribu BEKAS PELATIH PLKN untuk 3 Julai 2011!



15,000 bekas pelatih PLKN berhimpun 3 Julai ini

02/04/2011 2:41pm

MELAKA 2 April - Perhimpunan Anak 1Malaysia yang dijadual pada 3 Julai ini akan menghimpunkan 15,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, perhimpunan akan diadakan di Stadium Bukit Jalil, dan usaha menghimpunkan alumni PLKN itu giat dilakukan Sekretariat Alumni PLKN.

Bertemakan ”Kami Anak 1Malaysia” perhimpunan itu menggambarkan alumni PLKN yang mempunyai kepelbagaian bangsa dan perkongsian perbezaan serta persamaan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sekretariat Alumni PLKN peringkat Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, di sini malam tadi.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Alumni PLKN Mohd. Syafik Mohd. Taufik yang turut hadir berkata, pihaknya telah berhubung dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan bagi membolehkan alumni PLKN menyertai kegiatan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...