Monday, July 25, 2011

Share story: My life at PLKN!

It was the best moment in my life. Saat yang terindah yang tidak dapatku gambarkan dengan kata2. chewahh!


This is my overall post about my national service life ;)
Actually, i just copy and paste it from my previous blog.




1st of all, Sorry to all my non-Malaysian readers..! Usually, my post will be in English. This time, its in BM..! 




Ni post pasal PLKN yang Nisa join time March-June. Kepada sesiapa yang terpilih untuk menyertai PLKN ni, JUST GO!!! Especially those yang kena KEM PLKN PAYA INDAH, Selangor!! Best camp ever!! Nisa rasa lucky sangat sebab terpilih..dah la kumpulan 2, siri 7...no 2 & 7 tu memang no bertuah! hehe..Ni Nisa nak crita pasal pengalaman lah. Memang banyak giler pengalaman dan kenangan pahit manis yang Nisa dapat dari PLKN ni.


1st time Nisa dapat tahu Nisa kena pilih (dah la kat Selangor..ui mak nenek..jauh!), Nisa nangis coz Nisa xnak jauh dari family or takut jurulatih 2 strict sangat. Nisa memang xnak pergi. Kalau pergi pon, nak kat Sarawak jer. But then, papa suruh pergi jer. Anggap kem 2 macam pergi camping/bercuti. So, Nisa pergi jugak.




P/s: before pegi tu, bawak makanan banyak2! KFC ke, pape je la..coz nanti confirm korang mengidam!


1st week...uhmm..memang sedih terkenangkan hometown and family. Rasa macam nak balik jer. Nisa and the gang asyik merungut panas la, nyamok la, KATAK la...lam blik air memang banyak katak..1st week tu asyik terjerit2..!! Dorm wirawati 8 kan dekat jer ngan bilik rehat. Kat bilik rehat tu ada watercooler, malam 2 Nisa nak buat maggie..dah lapar sangat, malas nak pkai selipar..so, Nisa jalan jer la berkaki ayam..pastu guess what?? Nisa terpijak katak!!! yuckssssss!! 


Sejuk gler rasa katak tu..dah pagi 2 Nisa tengok, dahsyat jugak "mayat" katak 2 kena pijak!  ish2..Ingat lagi member cina 2, masuk jer dorm..dia tanya "ada air-cond ka?" HAHAHA... pastu dah masuk minggu ke 2 or 3 tu, macam best plak. Ada yang dah start bkapel2... ehem2...


Rasanya ada 3 la pengalaman TERpahit. Antara pengalaman yang pahit skali ialah Nisa kena kuarantin selama seminggu. Time tu pulak la trainee lain menembak, berkawad..macam2 la aktiviti yang best. Geram betul. Nisa kena kuarantin sebab demam panas and takut dsahkan H1N1..smpai masuk hospital lagi kena inject and tambah air.. Dah la dipulaukan..banyak jugak la trainee lain yang kena. Time kat umah, Nisa jarang kuar umah pon, xpernah berjemur tengah panas and jarang buat aktiviti2 lasak.


Then pengalaman kedua, Nisa kena cuci baju sendiri (guna tangan..mna ada washing machine) ! Before ni, Nisa memang malas buat keja2 macam tu..asyik dok online jer. Tu la mama cakap "Padan muka..belajarlah berdikari" ....Phhh! kena jugak akhirnya! Then yang ketiga, Nisa xdapat nak join tengok concert kat Sunway Lagoooooon!! Tu pon Nisa geram gak. Dah la Nisa xpernah tengok concert seumur hidup! huhu..Nisa xdapat pergi coz dah full and kan Nisa baru lepas kuarantin..sengal!


[read more: neesaferreira blog]




Sunday, July 24, 2011

Share story: Diana Danielle, Suki dan Aliff di PLKN

SEPANG: Perjalanan dan pengalaman tiga artis remaja; Diana Danielle, Suki dan Aliff ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dapat disaksikan menerusi program realiti Project N.S yang akan disiarkan bermula 8 Mei depan di 8TV.


Diana, Suki dan Aliff telah ditempatkan di kem yang sama iaitu di Kem Princess Haliza, Sepang, bagi memudahkan penghasilan program tersebut.


Menurut Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim, program itu dilihat sebagai satu tanggungjawab sosial korporat stesen televisyen itu untuk mempromosikan program PLKN kepada orang ramai.



"Pembabitan Diana, Alif dan Suki di dalam program ini ternyata tepat kerana mereka merupakan ikon remaja yang cukup popular sekarang.


"Selain memaparkan aktiviti harian mereka di PLKN, program sebegini juga cukup bagus kerana dapat memberi contoh yang baik untuk diteladani oleh remaja-remaja lain.


"Project N.S ini diharap dapat membuka mata semua remaja tentang kebaikan menyertai PLKN. Sedikit-sebanyak ia dapat memberikan tips-tips berguna kepada remaja yang bakal mengikuti PLKN pada masa hadapan," kata Lam pada Majlis Menandatangani MoU antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan 8TV Kem PLKN Princess Haliza di sini, hari ini.


[read more: mStar online]




Share story: Zila Ismail @ Kem Syruz

Assalamualaikum warga blogger ! Fuh . Sebulan sudah aku tidak update blog ni .Dah berhabuk ! Fuhhhhh2 . Semalam sehingga Ahad ini aku dapat pulang ke rumah . Yeahh . Memang ini saat yang dinantikan oleh kami semua wira dan wirawati Kem Syruz . 


Hari pertama sangat mendebarkan bagi aku . Cheewahh . Yela pertama kali aku berseorangan tanpa sesiapa pun  yang aku kenal . Pagi tu , aku tiba agak lewat di Tapah .  Aku sampai jer tengok bas dah jalan . Ahh sudah , aku kena tinggal ke . Heheehe . Rupanya ada 3 bas . Yang dah jalan tu bas first . Ok , lega !


Perjalanan daripada Tapah ke Kem Syruz memakan masa 2 jam setengah . Sempat juga lah tidur dalam bas . Haha . Sampai jer kat kem , terus pergi pendaftaran . Cikgu tu lekat sticker tertulis nombor 7 di kertas aku . Bermakna aku akan ditempatkan di Dorm 7 , Kompeni Delta :)


Lepas pendaftaran , kena melalui pemeriksaan beg . Dahsyat juga cikgu tu selongkar . Hehe . Penat aku lipat cantik2 . :p Dah lepas pemeriksaan , aku pun pergilah ke dorm 7 . 


Assalamualaikum ! Ada katil kosong tak ? 
Dorang jawab tak ada . Rupanya kem ni dah over limit , sepatutnya 450 saja , tapi kem ni dah lebih . Pelatih ada 500 lebih . Memang ramai . Sebab tu tak cukup serba-serbi . Tapi pihak pengurusan dapat atasi masalah ini . Dapatlah aku katil , bantal dan locker . :)


[read more: nurazilaismail blog]



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...