Thursday, October 14, 2010

Kenyataan Akhbar Bil 52/10

Tarikh : 9th Oktober 2010      

PERJUMPAAN SEMULA BEKAS-BEKAS PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) DARI SIRI 1/2004 HINGGA SIRI 7/2010 SERENTAK DI SELURUH NEGARA


Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan pada hari ini Majlis Perjumpaan Bekas-bekas Pelatih PLKN di Kem-kem Seluruh Negara melibatkan 78 buah kem yang masih beroperasi termasuk Sabah dan Sarawak. Jabatan menjangkakan kehadiran bekas-bekas pelatih seramai 500 orang bagi setiap kem.




Turut sama dalam majlis ini ialah Kolonel Sanusi Hashim, Pengarah Bahagian Operasi dan Leftenan Kolonel Mohd Razak Omar, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hadir memeriahkan lagi majlis ini.




Tujuan dan objektif perjumpaan ini adalah seperti berikut:-

Mengumpulkan seberapa ramai bekas pelatih PLKN pada 9 Oktober ini
Menubuhkan Sekretariat Alumni di peringkat Kem-kem PLKN
Sambutan sempena Hari Raya Aidilfitri
Mendaftar sebagai Ahli Kad Pintar PLKN






Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Korporat
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tarikh: 9 Oktober 2010




source: KhidmatNegara portal

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...