Sunday, July 24, 2011

Share story: Cikgu PLKN Kem White Resort, Balik Pulau




KISAH DI KEM WHITE RESORT BALIK PULAU.


Oleh sebab minat yang mendalam nak jadi cikgu.. aku pun cuba minta jadi tenaga pengajar di PLKN dalam program Integrasi.. nak rasa juga macam mana jadi cikgu.. tapi sayang kelas ku yang pertama pada pertengahan tahun 2010, aku tak sempat nak ambik gambar, tapi yang ku paling ingat aku bertuah masa tu aku ditempatkan di Kem White Resort, Balik Pulau, dalam kelas ku pada masa tu ada seorang wira nama dia adli.. memang bagus la adli..memudahkan kerja aku. 


Dia bertindak sebagai ketua kalau aku suruh buat sesuatu dia yang akan bertindak dan boleh pulak mengawal dan menggerakkan rakan rakannya yang lain untuk menjalankan aktiviti yang aku suruh. Memang aku tengok dalam diri Adli ada bakat kepimpinan yang tinggi..tapi sayang aku tak sempat nak ambil no tel dia.. kalau adli terbaca blog ni kontek cikgu ya..


Tahniah ku ucapkan pada semua pelatih PLKN di kem White Resort dalam kelas aku tu sebab.. kerjasama mereka yang amat baik sekali dan persembahan akhir mereka pun cukup bagus.. kerjasama yang baik antara semua, wira dan wirawati melayu, cina dan India. 


Dalam program integrasi.. modul nya adalah adat, budaya, makanan, pakaian, agama, permainan tradisional, perayaan. Semuanya mengikut kaum kaum yang terdapat di Malaysia lah.  Jadi bertuah sikit sebab aku kerja di Jabatan Perpaduan.. memang banyak juga pengalaman yang ada yang dapat ku curahkan pada pelatih pelatih PLKN tu.. dalam kelas yang ada adli tu.. aku ceritakan kisah Kg Medan kepada mereka.. kisah kg medan megenai tidak ada persefahaman antara kaum, Melayu, Cina dan India menyebabkan berlaku pergaduhan yang teruk dan banyak yang mati.. ku ceritakan pada mereka kisahnya mengenai pada suatu masa di kg tu..


Ada satu keluarga melayu sedang buat kenduri kawin dalam masa yang sama juga ada satu keluarga india kematian ahli keluarga dan hendak membawa ahli keluarga yang mati tu ke kubur..jadi keluarga Melayu tu tak benarkan lalu di depan rumah mereka, jadi la perbalahan, membesar, hingga berlaku pergaduhan kaum.. tapi pandai wira dan wirawati mereka olah kan cerita.. dia orang selitkan juga masa aku tngk persembahan baru aku tahu.. ada pulak kaum cina bermain mercun sebab masa tu sedang merayakan tahun baru cina.. jadi 3 kaum tu bergaduh besar.. dan last sekali ada pulak dia orang berlakon jadi Pegawai dari Jabatan Perpaduan untuk leraikan pergaduhan tersebut.. bersama pihak polis. 


Yang akhirnya semuanya berbaik baik semula..Tahniah kamu semua... tapi cikgu terputus hubungan dengan kamu semua.. itu cerita kelas pertama ku..tapi satu gambar pun tak sempat nak ambil.. masa tu aku belum berblog dan berfacebook lagi.. jadi tak la ambik gambar.. tak ada kenangan bersama mereka..namun aku tetapkan rindukan mereka sebab mereka semua baik baik belaka..


[read more: Anor177 blog]





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...