Saturday, July 23, 2011

Clip video 1NSPLKN BLOG: Memoirs in KEMSIS camp




Salam sejahtera para pembaca yang dihormati. Selama 3 jam menghadap PC yang agak uzur usianya, dapat juga saya siapkan 1 clip video (boleh dikatakan clip video eh?) yang saya dapatkan sumbernya dari rakan-rakan PLKN seperti Eyla dan tidak dilupakan, Peggi Chong yang saya ambil sedikit gambar dari photo album facebook nya.


Tujuan saya compile gambar-gambar lama bukan lain tak tidak bukan hanya untuk membakar kembali semangat PLKN kita yang telah lama terpadam selepas kita mengikuti latihan di dalam kem. Cuma 1 soalan admin mahu bertanya, selama kita di luar kem (selepas latihan) berapa kali kita bertemu dengan rakan-rakan PLKN tidak kiralah dari kem seniri atau dari kem yang lain? Banyak kali kah? ataupun tidak pernah?


Justeru, sebagai permulaan, saya upload clip video ini sebagai satu titik tolak untuk kita bersama-sama memikirkan, mencadangkan,pandangan atau apa saja untuk Alumni kita. Anda mahukan aktiviti yang bagaimana, kita boleh aturkan sebaik yang mungkin. Inilah masanya kita membalas kembali jasa pihak JLKN yang memberikan satu impak yang besar dalam pembinaan jati diri belia sebagai rakyat Malaysia.


Anda suka video ini? share di wall Facebook anda sekarang! =D


Enjoy!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...