Saturday, April 2, 2011

Nak target 15 ribu BEKAS PELATIH PLKN untuk 3 Julai 2011!



15,000 bekas pelatih PLKN berhimpun 3 Julai ini

02/04/2011 2:41pm

MELAKA 2 April - Perhimpunan Anak 1Malaysia yang dijadual pada 3 Julai ini akan menghimpunkan 15,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, perhimpunan akan diadakan di Stadium Bukit Jalil, dan usaha menghimpunkan alumni PLKN itu giat dilakukan Sekretariat Alumni PLKN.

Bertemakan ”Kami Anak 1Malaysia” perhimpunan itu menggambarkan alumni PLKN yang mempunyai kepelbagaian bangsa dan perkongsian perbezaan serta persamaan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sekretariat Alumni PLKN peringkat Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, di sini malam tadi.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Alumni PLKN Mohd. Syafik Mohd. Taufik yang turut hadir berkata, pihaknya telah berhubung dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan bagi membolehkan alumni PLKN menyertai kegiatan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...